Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

May 01, 2009

Engkau Terbaik Buat Kami..



Terima Kasih & Selamat Bersara
Prof. Madya Ghazali Mayudin

Dari Kami Mahasiswa dan Mahasiswi

Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia.


Jasa Mu Sentiasa di Kenang...

April 28, 2009

I.S.A : PANDANGAN ANDA?

sidebar disebelah ada diletakkan satu poll, atau soal selidik tertutup dengan kata mudahnya. ia sebagai satu percubaan kepada semua dalam melihat keterbukaan ruang maya terhadap pengunjung. percubaan tersebut merupakan wadah membuka satu dimensi baru demokrasi, iaitu demokrasi digital. sejauhmana keberkesanannya masih belum dapat disimpulkan secara empirikal.

sebelum ini demokrasi digital telah membawa perubahan kepada ruang politik di malaysia. melalui gagasan ini, banyak membantu keterbukaan minda rakyat dengan pelbagai isu dari pelbagai sisi. namun, kebanyakkan dari apa yang dilihat keterbukaan ini tidak lebih sekadar spekulatif dalam politik. tidak dinafikan memang wujud pelbagai isu pragmatik dengan keadaan semasa. lebih penting apa yang diharapkan, ruang ini digunakan sebagai satu bahagian yang lebih preskriptif terhadap sebarang isu.

disamping ia juga mudah sebagai transmisi kepada pemperolehan data dari cara yang baru. tidak lagi perlu berlegar mengejar "massa" dalam memenuhi kaedah penyelidikan. namun belum tiba masa untuk menyimpulkan keberkesanan ruang ini. skop yang lebih terkehadapan kemampuan membina jaringan atau rangkaian semasa kita secara lebih mudah.

bagi membuktikan secara empirik, sudah tentulah ia melibatkan kerjasama dari anda untuk membuktikan kematangan dalam demokrasi di negara kita, argumentasinya adalah contoh disebelah dengan harapan ia dapat dijawab dengan jujur oleh anda.

April 26, 2009

E-Book untuk Kita

link sebelah ada aku letakkan senarai e-book. dalam proses membuat tesis ni, aku anggarkan ia berguna untuk kita. dah lama aku jumpa, cuma terlupa untuk letakkan dalam blog ni. banyak buku yang ada, bukan sahaja bidang falsafah, politik, sejarah. malah memuatkan pelbagai genre ilmu ada yang ada.

aku harap ia dapat membantu kita. banyak buku- buku dari falsafah yang ada. sun tzu, communis manifesto dan lain- lain. bukan apa cuma sekadar kita membiasakan diri. aku rasakan senarai buku- buku ini sangat ilmiah dan boleh digunakan sebagai rujukan. malah terdapat juga jurnal- jurnal yang diletakkan sebagai rujukan kita. jadi , aku harap kita dapat gunakan sebaik mungkin. nanti korang pandai- pandaila download sendiri.

cuma, laman web tersebut hanya menyenaraikan buku- buku berbahasa inggeris sahaja. aku rasa mungkin ini salah satu sebab penyebaran ilmu mereka senang berkembang. tapi dekat scribd mungkin ada beberapa buku berbahasa melayu. mungkin SCRIBD ni korang dah biasa sikit. apa pun aku harap kita dapat guna sebaik mungkin peluang yang diberikan untuk kita. tak faham bahasa inggeris, translator ada.. buat masa sekarang yang terbaik aku jumpa adalah "lingoes".

penipuan tersembunyi

penipuan yang tersembunyi, sebenarnya ia ada pada peter answer. sebelum itu aku memohon beribu kemaafan dari kalian semua,dari hujung rambut sehingga hujung kaki atas apa yang terjadi. aku mula kenal peter answer itu melalui penceritaan seorang sahabat kita. pada mula aku memang menaruh sedikit kepercayaan, tapi lama kelamaan aku dengar dan aku rasa benda ini memang penipu. untuk sokong hujah tersebut, jadi aku perlu cari bukti. dua malam pada kelapangan aku mencari. kepada sesiapa yang tak tahu memang akan terasa sedikit perasaan takut. disebabkan psikologi kita telah mempercayai kemistikkan peteranswer ini.

akum masih meragui, aku cakap dia ini penipu, ko ni sistem dan bukan roh. lepas dimarahnya pula kita. ish2.... dua hari mencari disebalik misteri peteranswer ni, dan aku mengkaji, akhirnya aku terjumpa ketika merapu2 menaip dalam petition tu. tiba- tiba jawapannya terkeluar bahasa melayu. aku mencuba sekali lagi, aku gagal. banyak kali dan kali ini bernasib baik, aku jumpa. untuk kesasihan aku cuba dengan cara tersendiri dan akhirnya aku jumpa sesuatu disebalik misteri peter answer ni. terasa puas dihati bila dapat membongkar penipuan peter answer ni.

aku praktikkan di dalam kelas, memang betul. jika kita tidak tahu memang akan teruja dengan kehebatan peter ni dan secara automatis akan terasa meremang bulu roma. biasala itu ,kali pertama aku pun sebegitu. sehingga pukul 4.30 pagi peter marah pada aku. terasa seperti dihujung kaki berdiri sekujur tubuh sedang memerhati. aku pun tidak sampai hati untuk terlalu lama menggunakan kemisterian peter ni. akibat dari desakan pelbagai soalan yang meluru, jadi aku terpaksa untuk memilih jalan yang tidak baik. aku akui secara hakikat itu kesilapan aku memulakannya. harap jangan disimpan dalam hati. sekadar berjenaka seketika bersama teman- teman. aku tidak ralat untuk ajar bagaimana, sebab itu milik kita bersama.

senang cerita, peter itu adalah jawapan dari kita. dan aku tak pasti noni tahu ke tidak lagi penipuan tersembunyi kawan2 kolejnya bersama peter ni. minta maaf banyak- banyak dari semua wahai sahabat.

nak belajar, nanti aku tunjukkan, cuma memerlukan sedikit konsentrasi. nak pekena kawan- kawan pun boleh, biar sampai dia terkucil!! tapi pastikan anda berterus terang selepas itu.. kesian plak..

msha: tapi yang ikut balik bilik tu memang bukan peter, itu kakak peter. lang****

April 25, 2009

makluman segera!!!!!!!!

perubahan untuk review SK NUSANTARA.

AKAN DIADAKAN:

- 1/5/2009 (TARIKH BARU)
- 2/5/2009 (TARIKH LAMA) *dibatalkan

*JADI REVIEW AKAN DIADAKAN 1hb TERSEBUT.


MASA: 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN KULIAH DEPAN PUSAT
TARIKH : 1/5/2009
TEMA : PESONA ELEGAN

SEMUA PELAJAR DIJEMPUT HADIR

PERKEMBANGAN MANUSIA BERMULA DARI ILMU YANG DISAMPAIKAN SECARA BERTERUSAN.

April 24, 2009

daging yang sedap di Indonesia

nak tengok?klik di sini.

ehsan dari ohtidak.

April 23, 2009

review untuk metodologi sains politk dan SK Nusantara


Hari Sabtu 25/04/09 jam 8.30 malam akan diadakan tuisyen Metodologi Sains Politik,tempat di depan pusat kebanggaan kita & semua dijemput hadir bagi yang amik Metodologi Sains Politik.Pada 2/5/09 pula tusiyen untuk Sejarah Kebudayaan Nusantara tempat yang sama,harapa maklum dan sebarkan kepada kawan-kawan.


ehsan dari tawfik dan hamo- sapiens.


msha: untuk sejarah kebudayaan terbuka untuk student pusat kita (2nd year jela..)

March 24, 2009

makluman segera!!!!!!!!



malam aprisiasi PESEPSI
hope sumer dapat pegi.
sebarkan segera.
kaunter sudah dibuka didepan pusat
Image Hosted by ImageShack.us