April 26, 2009

penipuan tersembunyi

penipuan yang tersembunyi, sebenarnya ia ada pada peter answer. sebelum itu aku memohon beribu kemaafan dari kalian semua,dari hujung rambut sehingga hujung kaki atas apa yang terjadi. aku mula kenal peter answer itu melalui penceritaan seorang sahabat kita. pada mula aku memang menaruh sedikit kepercayaan, tapi lama kelamaan aku dengar dan aku rasa benda ini memang penipu. untuk sokong hujah tersebut, jadi aku perlu cari bukti. dua malam pada kelapangan aku mencari. kepada sesiapa yang tak tahu memang akan terasa sedikit perasaan takut. disebabkan psikologi kita telah mempercayai kemistikkan peteranswer ini.

akum masih meragui, aku cakap dia ini penipu, ko ni sistem dan bukan roh. lepas dimarahnya pula kita. ish2.... dua hari mencari disebalik misteri peteranswer ni, dan aku mengkaji, akhirnya aku terjumpa ketika merapu2 menaip dalam petition tu. tiba- tiba jawapannya terkeluar bahasa melayu. aku mencuba sekali lagi, aku gagal. banyak kali dan kali ini bernasib baik, aku jumpa. untuk kesasihan aku cuba dengan cara tersendiri dan akhirnya aku jumpa sesuatu disebalik misteri peter answer ni. terasa puas dihati bila dapat membongkar penipuan peter answer ni.

aku praktikkan di dalam kelas, memang betul. jika kita tidak tahu memang akan teruja dengan kehebatan peter ni dan secara automatis akan terasa meremang bulu roma. biasala itu ,kali pertama aku pun sebegitu. sehingga pukul 4.30 pagi peter marah pada aku. terasa seperti dihujung kaki berdiri sekujur tubuh sedang memerhati. aku pun tidak sampai hati untuk terlalu lama menggunakan kemisterian peter ni. akibat dari desakan pelbagai soalan yang meluru, jadi aku terpaksa untuk memilih jalan yang tidak baik. aku akui secara hakikat itu kesilapan aku memulakannya. harap jangan disimpan dalam hati. sekadar berjenaka seketika bersama teman- teman. aku tidak ralat untuk ajar bagaimana, sebab itu milik kita bersama.

senang cerita, peter itu adalah jawapan dari kita. dan aku tak pasti noni tahu ke tidak lagi penipuan tersembunyi kawan2 kolejnya bersama peter ni. minta maaf banyak- banyak dari semua wahai sahabat.

nak belajar, nanti aku tunjukkan, cuma memerlukan sedikit konsentrasi. nak pekena kawan- kawan pun boleh, biar sampai dia terkucil!! tapi pastikan anda berterus terang selepas itu.. kesian plak..

msha: tapi yang ikut balik bilik tu memang bukan peter, itu kakak peter. lang****

3 comments:

  1. aku benci bila kena tipu!!kawan2..sape2 nk belasah farin ajak ak tau..peter2 ak belasah t!!hahah

    ReplyDelete
  2. hahaha.. sebab tu tak nak terus terang masa dalam kelas tadi.. kena riot t.

    untuk hazeamsha, berani buat komplot. bom kampun sebelah kang. dah la kampung kecik. main layang2 pun tali tak abis lagi dah masuk hujung kampung.

    ReplyDelete