April 28, 2009

I.S.A : PANDANGAN ANDA?

sidebar disebelah ada diletakkan satu poll, atau soal selidik tertutup dengan kata mudahnya. ia sebagai satu percubaan kepada semua dalam melihat keterbukaan ruang maya terhadap pengunjung. percubaan tersebut merupakan wadah membuka satu dimensi baru demokrasi, iaitu demokrasi digital. sejauhmana keberkesanannya masih belum dapat disimpulkan secara empirikal.

sebelum ini demokrasi digital telah membawa perubahan kepada ruang politik di malaysia. melalui gagasan ini, banyak membantu keterbukaan minda rakyat dengan pelbagai isu dari pelbagai sisi. namun, kebanyakkan dari apa yang dilihat keterbukaan ini tidak lebih sekadar spekulatif dalam politik. tidak dinafikan memang wujud pelbagai isu pragmatik dengan keadaan semasa. lebih penting apa yang diharapkan, ruang ini digunakan sebagai satu bahagian yang lebih preskriptif terhadap sebarang isu.

disamping ia juga mudah sebagai transmisi kepada pemperolehan data dari cara yang baru. tidak lagi perlu berlegar mengejar "massa" dalam memenuhi kaedah penyelidikan. namun belum tiba masa untuk menyimpulkan keberkesanan ruang ini. skop yang lebih terkehadapan kemampuan membina jaringan atau rangkaian semasa kita secara lebih mudah.

bagi membuktikan secara empirik, sudah tentulah ia melibatkan kerjasama dari anda untuk membuktikan kematangan dalam demokrasi di negara kita, argumentasinya adalah contoh disebelah dengan harapan ia dapat dijawab dengan jujur oleh anda.

2 comments:

  1. wow.... hebatnya ayat... macam baca paper...
    hihihihi.... saje dtg melawat... nice blog la...;p

    ReplyDelete
  2. biasa ar tu.. tgk jenis enti camne la.
    tq2..

    ReplyDelete