April 26, 2009

E-Book untuk Kita

link sebelah ada aku letakkan senarai e-book. dalam proses membuat tesis ni, aku anggarkan ia berguna untuk kita. dah lama aku jumpa, cuma terlupa untuk letakkan dalam blog ni. banyak buku yang ada, bukan sahaja bidang falsafah, politik, sejarah. malah memuatkan pelbagai genre ilmu ada yang ada.

aku harap ia dapat membantu kita. banyak buku- buku dari falsafah yang ada. sun tzu, communis manifesto dan lain- lain. bukan apa cuma sekadar kita membiasakan diri. aku rasakan senarai buku- buku ini sangat ilmiah dan boleh digunakan sebagai rujukan. malah terdapat juga jurnal- jurnal yang diletakkan sebagai rujukan kita. jadi , aku harap kita dapat gunakan sebaik mungkin. nanti korang pandai- pandaila download sendiri.

cuma, laman web tersebut hanya menyenaraikan buku- buku berbahasa inggeris sahaja. aku rasa mungkin ini salah satu sebab penyebaran ilmu mereka senang berkembang. tapi dekat scribd mungkin ada beberapa buku berbahasa melayu. mungkin SCRIBD ni korang dah biasa sikit. apa pun aku harap kita dapat guna sebaik mungkin peluang yang diberikan untuk kita. tak faham bahasa inggeris, translator ada.. buat masa sekarang yang terbaik aku jumpa adalah "lingoes".

2 comments:

  1. wah..bagusnya..
    ada translatornya sekali?
    ini berita baik utk aku yg agak
    lemah Bi nih..
    good job bro..Chewah..

    ReplyDelete
  2. buat masa ni itu yang terbaik yang aku jumpa secara percuma. lingoes tu alih bahasanya tidaklah seteruk CHIT CHAT. mudah sikit dan ada juga kemudahan lain seperti kamus, pronoun dan alih bahasa ke 37 bahasa lain. tapi bahasa melayu tak ader. yang paling serumpun dengan kita adalah bahasa indonesia. tapi jangan risau, alih bahasa tidaklah sukar untuk difahami dan lebih kurang BM jgk. aku cuba untuk muat turun lingoes tu.

    terima kasih..

    haha..skema tol bahasa!!

    ReplyDelete

Image Hosted by ImageShack.us