May 08, 2009

diari seorang nelayan..

aku nelayan yang tidak menentu rezekinya..pukul 5 pagi bergegas keluar mencapai basikal tua ku..hampir seusia, dia tetap menjadi peneman kemana aku pergi..aku tidak mampu untuk memberi keistimewaan pada diri. pada diri seorang bapak ia tidak penting.. kerana lebih besar tanggungjawab perlu dicurahkan..pagi yang tiada bulan, basikal tua yang tidak lagi mampu memberi seperti motor.. sambil embun pagi yang masih menusuk hingga ke tulang, untuk rezeki keluarga ku, aku gagahkan kan jua. dimamah kegelapan berbekalkan lampu suluh yang usang aku mengagahkan kayuhan sambil terbayang wajah keletihan anak- anak ku yang sedang tidur dek pelajaran yang terpaksa dilalui. sempat aku mencium dahi mereka sebelum keluar tadi..

"anak- anakku, apa yang bapak harapkan adalah kejayaan kamu bila kamu besar nanti...jangan jadi macam bapak.. turun kelaut kadang- kadang tak tentu hasilnya.. jangan jadi macam bapak yang tak mampu beri keselesaan pada kamu semua.. "

ah.. sudah2la berkhayal.. tetapi agak jauh juga perjalanan ke pelantar ni. ahh.. kaki yang dimamah usia, seperti tidak mampu meneruskan kayuhan..perlahan aku teruskan kayuhan. tersenyum terbayang wajah isteri tadi, kepenatan melayan karenah anak- anak.. namun masih tersenyum menyambut aku pulang dari laut.. berbekal nasi goreng bersama kicap tak sabar menjamah diatas sampan nanti..

tiba- tiba air mata ku mengalir perlahan... sambil tersenyum.

bersambung..

No comments:

Post a Comment