March 02, 2009

payung ditikam hujan...

g lepak kat library malam ni.. ngah hujan tadi aku kua. pastu balik tgk2 "rumate" aku takder. jadi dduk la dekat meja luar yg d payung sambil ditikam oleh hujan. nak baca note pun gelap. so buka blog dan lahirlah benda mengarut ni. hehe..

bekerja keras hari ni untuk tutorial PMSaleha sok. haha.. aku harap tak salah baca coz PMS ni bidangnya falsafah politik. so jangan main- main dengan saya ar.. hehe. dia amat mementingkan kita untuk berhujah pasal falsafah ni. salah sikit nasib la kena menjawab.

aku backup pasal kertas dia bagi. pasal perkembangan falsafah di eropah. bermula dengan zaman klasik seperti Thales dan anaximender dan ana.... (tak tau nak sebut camner) zaman ni membincangkan mengenai alam. falsafah mereka mengenai kejadian alam dan belum falsafah mengenai manusia, tak banyak persoalan yg ditimbulkan oleh mereka. menurut thales, dia menganggap alam ini bukan satu himesfera tetapi sfera yang mana bumi sebagai pusat manakala bulan, bintang, matahari dan objek2 lain bergerak mengelilingi bumi. hem bagus gak. thales adalah bapa kepada falsafah tetapi idea dia tak berapa kuat. pastu anaximender pula bercakap mengenai asal usul manusia. asal kejadian alam ini daripada apa. menurut beliau, manusia sebenarnya berasap daripada tanah lumpur. iaitu ikan. ikan ni dikatakan berasal dari lumpur dan mempunyai cengkerang berduri dan bersisik. kemudian apabila memdapat sedikit cahaya matahari ia akan berubah. seterusnya ikan ni akan naik kedarat dan berevolusi menjadi manusia. mula2 aku pun confius dan tergelak. tapi terfikir sekurang2nya idea mereka dikaji berbanding akukan.

pastu masuk zaman yunani dengan ahli falsafahnya seperti socrates, plato dan aristotle. aristotle dibunuh kerana kritikan terhadap athens pada masa tu. disebabkan hendak mempertahankan prinsipnya dia rela dihukum minum racun. undian dibuat dengan 280org tak menyokong idea dia dan 220 menyokong. walaupun pengikut3nya suh dia larikan diri. tapi dia taknak. inilah seorang patriot sejati. hehe. pastu plato yang begitu berpengaruh dengan "philosopher king" menyokong bentuk negara oligarki. pastu aristotle anak buah plato. best gak dia ni. tak suka bentuk negara oligarki tetapi lebih kepada demokrasi.

pastu masuk zaman rom. yang betul2 aku tak faham. maybe tak famous kot. lepas kejatuhan tamadun rom, muncul la zaman kegelapan di eropah. tamadun rom jatuh pastu pentadniran pusat dah kucar- kacir menyebabkan munculnya tuan tanah "kedaung". hehehe.. muncul tuan tanah yang dikenali sebagai "baron". masa ni petani terpaksa bayar cukai tinggi fan kalu tak mampu, lasnya kena serah tanah. bacon ni rapat ngan raja. kiranya dwg link baik pyala.. bacon link ngan rakyat. masa ni wujudnya sistem feudal di eropah. institusi gereja telah melebarkan pengaruhnya pada zaman. ilmu2 yang sebelumni di sekat. tuhan dan akhirat adalah sumber ilmu pengetahuan.

akibat tak tahang ngag gereja muncula golongan yang menetang pemikiran teleologi. mereka lebih mengunjurkan pemikiran rasional pada zaman yunani tu.. masa ni berlaku polemik antara gereja dan rasionalis ni.. sehingga dikenali sebgai zaman renaissance yang bermaksud kebangkitan semula yang di akibatkan oleh rasionalis ni berjaya menghapuskan pengaruh gereja dlam pemikiran mereka. zaman ni banyak ilmu2 dan idea2 yang radikal. tokoh yang terkenal ialah machiavelli atau nama timangannya makcikveli la. hehe..

ikut note PMS bagi ada zaman reformasi protestan. aku tak baca lagi. tak tahu plak ada zaman khusus period ni. yang aku tahu gerakan kristian yang protes institusi gereja zmn gelap yang tak elok. cara hidup. lalu akibat protes agama kristian terpecah dua. kristian khatolik (ortodoks) dan protestan (membantah) yang membantah si paderi2 yang suka berfoya2. hehe..

pastu masuk zaman enlihgtement dan moden. zaman ni paling susah sekali. coz banyak idea2 yang dikeluarkan. ramai plak tu. setiap orang ada idea berbeza.. francis bacon la.. rene descrates.. masa ni muncul bermacam konsep politik.. tak tau nak ulas camner.

so..itu jer aku baca. hope saleha tya sok. kalu tak aku ngangi la.. entah falsafah tokoh mana aku kua. maybe.. falsafah homoerectus ker.. habillis ker.. homo sapiens ker.. jgan gelak. takder mereka tak der la kita. tak der mereka dan tak der "SEJARAH KEBUDAYAAN NUSANTARA".
topek mesti ko tengah gelak skang kan. mesti kata aku bengong..

pe yang aku tulis tak semestinya betul faktanya.. buku2 ilmiah mesti menjadi panduan asas sesaper yang baca. almaklumlah aku bukan cam PMS. dah kepala otak penuh nga falsafah so. terkeluar dalam ni.. sowi k.. skurangnya2nya dapat bantu aku ingat dan mungkin juga membantu sesape yg membaca.


msha: falsafah cinta moden "cinta itu duit..."

No comments:

Post a Comment

Image Hosted by ImageShack.us