March 20, 2009

"itu bukan aku...."

aku tak tahu mana pucuk dan mana pangkalnbya.. alih-alih tekanan datang pada aku. kepada sesiapa yang membaca ni, agak terkena pada diri, aku mohon maaf jika yang bakal aku coretkan menimbulkan rasa amarah atau sebarang ketidakpuashatian. aku insan biasa dan itu menjadi lumrah dalam keadaan tekanan atau marah segala apa yang dipertuturkan keterlaluan dan kasar.

aku tahu aku bukan insan sempurna, banyak kekurangan yang aku cuba sembunyikan pada realiti. tapi terkadang aku tak mengerti kenapa aku yang menerima semua ini.. aku tahu keadaan memihak kepada kau, tetapi sampai tahap mana harus aku simpan kesabaran aku?

aku cuba cantikkan pertuturan, aku cuba haluskan perbuatan dan aku cuba susun buah pemikiran. bila aku memberi pendapat kau menimbulkan keadaan perasaan tidak senang. aku memulakan kata- kata pertanyaan umpama sendiri bertanya pada diri.. kau pergi berlalu.. samada kau sebagai kawan, jika kau adalah sahabat dan jika kau adalah kekasih. kau bertanya aku berlalu pergi dengan diam. apakah perasaan yang mampu kau ungkaikan??

aku berkata dan kau pergi endah dengan kesombongan...

aku bersabar dengan pertuturan... terkadang aku simpan dihati untuk menjaga apa yang aku miliki.. samada kau baik dan memberi aku sedikit dari kehidupan, lalu aku mengerti dengan rela hati.. aku cuba menyimpan perasaan amarah hakiki dalam diri. pertuturan adalah kefahaman.. kefahaman itu memberi penerimaan. aku faham dan aku cuba tuk terima.. tapi terkadang aku tidak berjaya.. sebagai seorang yang lemah jiwa.. sebagai seorang berhati biasa..

aku memberi yang terbaik.. tapi aku sedar ITU BUKAN AKU....

2 comments:

  1. luahkn apa yg terbuku..bt lah keputusan yg tak bertntagan dgn prinsip diri..jd lah diri sendiri seandainya tiada lg kesabaran di hati..lupakan semua kesakitan..anda berhak untuk hidup bhagia..kadang2 kita sendiri tak boleh nk bc apa yg org len pikir.mgkin sama apa yg kita pikir.mgkin juga tidak.kalau keegoan menjadi persoalan,dan tiada pihak yg akan kalah @ menang..anggap lah.sy di pihak yg kalah itu.awak menang..kalau awk rasa tiada lg kebaikan dlm sesuatu hbgan tu,puncanya adalah saya.kalau tiada lg kegembiraan untuk awk rasa lg,puncanya juga saya.saya tak penah menyusun kata2 yg baik dan sering kali menimbulkan kemarahan.terlalu sombong dan angkuh..dan rasanya terlalu jauh bila seiringan..awk yg baik..andai awk yg terlalu tertekan dgn keadaan ini..jd lah diri awak sebenar.jgn mengikat diri awak dlm keadaan ketrpaksaan dan kesengsaraan..andai awk rasa kasih syg yg diberi tak dihargai..kesetian yg awk korbankan tak berbaloi lg,dan kegembiraan awak sering kali di ragut dgn kesombongan dan keangkuhan.. just hidup lah baik2 dgn ketenangan..

    ReplyDelete