February 20, 2009

semalam..


semalam...

kesakitan semalam aku tinggalkan
kegembiraan hari ini aku bawa bersama senyuman
tapi bukan untuk esok untuk hari
sakit, sedih dan kegembiraan
mana harus aku dahulukan?
kuat membawa kegembiraan pada hari ini
yang pasti senyuman...
aku tinggalkan esok

cuba mencari dimana senyuman
tetapi aku lemah dipujuk air mata
hari ini kegembiraan aku terlalu
aku gelak dalam suram suasana
ia membawa aku menyelami keluarbiasaan
tertawa disamping keasingan
membiasakan dalam percubaan
pulang gegas bersama tanggungjawab
seorang diri aku meraba penyelesaian
aku ikat senyuman bersama
agar tidak lari meninggalkan esok

hari ini ghairah dalam keasingan
tetapi aku lupa pada hari semalam...
aku lupa... aku lupa pada semalam..

mana harus aku letakkan antagonis
kegembiraan aku?
kesakitan aku?
senyuman aku?

atau harus aku salahkan semalam?
mungkin harus mencaci hari ini
membiarkan esok sendiri merubah
hati aku tidak jumpa senyuman
tidak jumpa kegembiraan
mungkin esok harus aku lalui dengan kealpaan
diluar kemahuan aku terima seadaanya....

aku lupa pada semalam...




No comments:

Post a Comment