February 28, 2009

aku yg [sibuk]

hehe..dh 2hari tak nulis ni.. dok sibuk update & upgrade blog. e2 xkena, ini xkena.. hehe. aku dh de 4blog termasuk ni.. tapi yg len buat j pastu post sekali benda ntah paper! pastu bia.. konon nk jadi blogger yg terrer ar. tapi satu function pun xtau. tau post j.. jadi sunyi la jadinya. lagi satu ada yg lupa email nga pasword. xleh blah.. byk sgt email agknya. dua yg sblum ni sem lepas punya hal. yang terbaru wat pakai wordpress.. paling aku suka sekali. sangat cantik.. dh upgrade. tapi mslh xtau nk link camner nga blogger ni. mmber2 sumer pki blogger ni. aku tya si topek pun dia xtau.. kdg2 aku buka gk la..

yg ke empat, ni lah baru menjadi cikit.. mula malu sbnarnya nk "publickan" almaklumlah:

buah strawberi di luar pagar,
amik gajah tolong jolokkan,
saya budak baru blajo,
kalu nak "public" mesti malu kan..

begitula hendaknyer... di tambah nga xberapa pandai menulis.. hehehehe..

jadi dek sibuk meng"upgrade"kan blog ni, tak ter"post" la paper tuk di kongsi. orang kata kalu blog j cntik tapi kalu xupdate xguna kan... hanset aku rosak... xleh on. sakit hati tul. nk berinteraksi nga orang ramai dah kantoi. slmt sempat call mak aku jp smlm pas abis konvensyen.

dah kat kul 5pagi, mata masih tak terasa mengantuk. jari masih lancar menulis.. tapi nk cari mud tuk mengarang takde. sok nk kena bangun awal coz nk kemas bilik permadari yg macam tongkang pecah.. khamis depan balik kmpg.. sebab isnin cuti. jadi leh balik lewat sehari. jadi xleh pegi pehimpunan PPSMI sabtu depannya. aku menyatakan bantahan sekeras- kerasnya terhadap penggunaan b.I dlm math n sains. bukan disebabkan sebagai bahasa kebangsaan, tapi disebabkan nasib bangsa malaysia sendiri. dalam tempoh beberapa tahun pelajar akan jadi uji kaji keberkesanan dasar ni.

aku kesiankan mereka ni. langkah dlm pelaksanaan masih belum kukuh dan berkesan, jadi siapa mangsa. anak2 golongan atasan pg antar private skul, luar negara dan interntnl skul. aku tahu mungkin atas sebab "keselamatan" anak terpaksa dihantar jauh untuk belajar. tapi jgnla samakan ank2 korang yg belajar diluar berbading di malaysia. pinggir bandar baper kerat yg boleh buat cam korang.? mereka dah biasa dengan bahasa iggris mmg nmpk mcm sempit pmkrn aku dan mungkin org berckp "kalu tak pecah ruyong, mana nak dapt sagunya". aku tahu...tapi mcm mn nga masyarkt pinggir bandar? berapa kerat sangat ibubapa dari sebnyak2nya dim'sia yg mampu utk bertutr? tak guna kalu satu hari nanti kita berbangga dengan beberapa kerat org dari malaysia yang bijak berbanding dengan puluhan ribu yang tidak berjaya dan lemah.?

dulu aku menyokong... sebab tak melihat secara mendalam dan terlalu utopia... sekarang aku membantah. aku kesiankan adik2 yang terpaksa menggunakan dasar ni. adik aku... aku cuba tolong ajar dia buat kerja sekolah, ajar b.i, aku paksa tgk citer kartun english. tapi dengan masa yg singkat sebab balik cuti, korang rasa aku mampu ker? makbapak aku tak pandai berbahasa inggeris. adik aku pompuan tinggal di asrama. jgn sebab menurunkan graf peperiksaan lalu dijadikan bukti kejayaan. subjek teras disekolah adalah BM, Bi, Math, Sains, sejarah. dan biasanya apabila memohon pekerjaan atau sambung belajar subjek teras akan dilihat terlebih dahulu.

dulu pelajar jus tak suka subjek english jer. dan hanya satu subjek teras yg keputusan kurang memuaskan. e2pun kalu pg minta kerja salah satu pun tak dapat kerja. sekarg mungkin dah jadi 3subjek yg dwg xmnat dan apa yg lebih penting ktiga-tiga adalah subjek teras.mungkin 3kptsan yg tidak memuaskan. masuk period SPM dapat clas2 belakang sebab subjek sains n math xmemuaskan jadi xleh masuk clas sains. smpi SPM pun benda sama berlaku. macam mana dengan masa depan adik2 ni? boleh ker dapat kerja dengan 3subjek teras dengan kputusan yg kurang baik? nk kerja apa? nk sambung belajar mcm mn?? awam dah tentu xdapat, private? banyak duit ke antar? semua mampu ker walapun ibubapa sanggup berkorban demi anak2 mereka berjaya? fikirla k..


msha: kena tuisyenkan skali ibubapa..


No comments:

Post a Comment

Image Hosted by ImageShack.us