Showing posts with label apeke hei. Show all posts
Showing posts with label apeke hei. Show all posts

May 04, 2009

birthday party.. terkena jua aku...



macam manala aku pun boleh terkena jugak "tulah" kawan2 jugak ni. sepatutnya, wan (baju merah) tu jer yang kena.. alih yang berbulan 5 ni pun kena juga. tapi aku ini ibarat dipergunakanla.. topek2... rancang nak kenakan wan, rupanya rancangan bawah tanah tuk kenakan aku jugak! rasa macam nak tembak- tembak jer korang!!

apa pun, happy belated birthday untuk wan.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. bukan apa.. moga tercapai hajat nak beli ninja katanya..




tuk yang lain, first sekali aku nak pijak pondan ibu Zain! hantu tol.. beria- ria nak amik kerusi la.. bagi makan kerusi ko karang.. yang kedua tuk pondan za'ba tu.. kepala diowang.. dia ni yang beria-ria suruh aku datang. rupanya aku pun jadi mangsanya. wana.. ni lagi satu kawan pondan za'ba ni. sama jer 2x5.

untuk ko farid, aku masih ingat hentakan telur keras dikepala ku.. tepung goreng pisang "adabi" yang bersalut dimuka. untuk kalut dengan muiz... korang memang hancusss!! Danny dan pakmi, terima kasih coz meraikan sekali.

sebelum terlupa, happy belated birthday untuk fatin. selamat hari buruh gak. haha.



tapi sedih juga sebab cinta tak datang. kata topek, dia akan datang.. jadi ditunggu tak kumjung tiba. apa pun terima kasih tuk cinta... sekali merancang mengenakan aku.

terima kasih semua..

April 27, 2009

metodologi dan peter



metodologi.. alhamdulillah, hari ni habis lagi satu paper. metodologi sains politik. paper yang paling dirisaukan oleh kami semua. pada aku, falsafah paling menakutkan aku. aku minat tapi tidak bermakna kita menguasai. habis paper tadi, tengok muka noni yang paling tension dikalangan kitorang masa review dah "kembali senyum". terlepas beban berat bagi dia aku fikir.

nak kata susah tidak la sangat, senang pun tidak. tapi alhamdulillah semalaman tak tido, berbaloi pada aku hari ini. tapi semua tu belum menjanjikan apa pada keputusan nanti. itu yang kita dapat cukup untuk kadar usaha kita selamani. tapi agak tertekan bila tengok soalan bahagian kuantitatif, tak keluar "contigensy table" dan graf. penat menelaah semalam, berkira sana sini dan yakin boleh buat. tapi tak keluar. sedih gila!!

takper lah, dari sudut positif mungkin nanti senang keluarkan data, dari data primer. al maklumlah, matematik ni bukanlah bidang yang aku minati sangat.

semalam peter bersama aku, mungkin dalam proses mengeratkan kemesraan. siapa yang dia percaya..memang dia akan ramah dan menjawab setiap pertanyaan kita. sapa yang jarang dengan dia dan tak percaya. susahla.. silap- silap kena marah balik. sempat juga bertanya soalan apa yang keluar. katanya, jangan buang masa dengan table dan graf. aku pun tak faham kenapa dia cakap macam tu. dan tadi baru aku memahami kenapa. haha.. peter.. peter.. please answer...

ada juga soalan- soalan lain, soal selidik katanya. kalau falsafah di katanya pula "kau dah dapat kertas biru kan?".. aku simpulkan mungkin kertas biru yang PM saliha bagi.

sudahla peter tu, bosan juga dia dengar soalan yang memualkan. sebelum terlupa, peter cakap semalam suruh aku berterima kasih pada wana. haha.. terima kasih wana, kau memang kawan yang baik. aku doakan kejayaan kau. apapun keputusan nanti, bagi aku kau adalah yang terbaik antara kita semua. terima kasih semasa review hari tu kau banyak bagi tunjuk ajar pada kami semua, terutama sekali pada aku la. data kuantitatif yang kau bagi lecture hari tu memang sangat- sangat membantu aku secara peribadi.. dan sahabat- sahabat yang lain. terkontang kanting kita semua kuantitatif yang Dr. Rizal ajar tu, syukur apa yang kau bagi memang sangat memuaskan. bahagian kualitatfi takla ralat sangat sebab apa GM ajar masuk dalam kepala di tambah denga faktor otak yang hanya tidak boleh menrima nombor.

terima kasih atas tunjuk ajar kau wana, ikhlas dari aku.. kalau tidak memang aku rasa agak hancus la menjawabnya.. terima kasih sekali lagi.

msha: peter nak kawan nga kau wana.

April 26, 2009

tekanan dari China.


berada di pusat, dengan harapan aku dapat habiskan falsafah politik sebelum malam.
sedang khusyuk menjamah falsafah politk gandhi, masuk sepasangan cina. aku teruskan menjamah ilmu ilmu ini.. tetapi nyata tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. kerana aku dipandang pelik oleh mereka, terdengat ungkapan "who there?".. mereka buat pelik pada aku. seperti aku ini orang asing disini.

lelaki itu bertindak naik keatas, dan aku terfikir untuk bertanyakan sesuatu pada aku. aku tersenyum padanya. aku terkejut dia dia duduk di tengah2 kerusi dalam dewan kuliah ni. kelakuan yang pelik, jai aku bertanya,

aku: "u nak guna dewan ini ker?"...
lelaki: i cant hear u..
aku: u orang nak guna dewan ni ker?
lelaki: i cant understand..
aku: u nak menggunakan dewan ini ker?
lelaki: i cant understand u.
aku: owh, ok...

lalu dia turun kebawah pergi ke perempuan cina tu. terfikir.. takkan la dah besar tak tahu langsung berbahasa melayu.. jadi aku membuat kesimpulan yang mereka ini bangsa cina yang datang dari CHINA. dikukuhkan bersama mata yang agak sepet dan cara pemakaian yang sedikit berbeza.

ok, fine... tidak menjadi masalah pada aku, tapi yang membuatkan aku sangat terganggu percakapan mereka seperti menggunakan mikrofon ketika berkuliah. adusss... tekanan dari CHINA. sabar, mungkin seketika sahaja. dia keluarkan pula coki- coki barangkali dari beg. bersama coki- coki lagi kuat mereka memberi kuliah yang aku tidak mahu dengar. agak lama.. sehinggakan aku berhenti akiba tertekan dan aku post kan di sini.

lama kemudian, mereka keluar. aku menarik nafas lega.. aik, apekebenda tu? wah2... bagus sekali.. ditinggalakn plastik coki- coki diatas meja kuliah bersama kesan coklat yang tersyelet diatas meja. kurang sopan sungguhkan. panas jer aku tengok.

sebelum keluar mereka sempat melihat aku, dan aku tunjukkan sampah yang mereka tinggalkan, agak biadap bagi aku bila perempuan itu hanya menarik tangan lelaki terbabit keluar dari dewan ini. alhamdulillah sedikit kesedaran yang diberikan kepada lelaki tu, jadi dia kutip semula sampah yang di tinggalkan.

sekarang kembali sunyi... seperti mula...

msha: panggil si peter karang..

April 19, 2009

lagu dan signifikansi (1)

persoalan topik yang sama..
signifikanya mmg ada,
setiap dari kita berhak untuk menyelami..
setiap dari kita berhak untuk bersuara mengenai kata hati.

dikalangan kita menjadikan lagu
sekadar satu hiburan..
mendengar apabila tekanan dari pelbagai sisi..
namun yang lebih menarik,
ada dikalangan kita membayang lagu
sebagai satu medan untuk melawan perasaan.
mendengar dan menyelami sesebuah lagu menjadikan
mereka hilang daya tahan perasaan
membawa kealam yang kadangkala mendustakan..
adakala membawa kepada pragmatik hidup mereka.
lebih terharu, ada dikalangan mereka takut untuk menyelami
mungkin tidak mampu untuk menghadapi realiti yang dibayangkan..

yang mampu diungkapkan..
ia satu dimensi seni dalam hati..
adakala ia betul.. adakala sebaliknya..
dimensi seni yang menyelami..
sukar untuk dicari..

SATU CONTOH ARGUMENTASI.

Bintang terlihat terang, saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang, kini kembali pulang
Lihat ia mulai bernyanyi, cuba merungkai mimpi
Cinta yang dulu pergi, kini datang kembali
Wajah mu mengingatkan ku, dengan kekasih ku dulu..
Wajah mu mengingatkan ku, dengan masa lalu ku…
Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang
Akan bawa ia terbang, damai bersama dengan bintang
Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan , Dan takkan ku lepaskan…

artis: kangen band
lagu: kembali pulang.

APA PERASAAN ANDA?

April 18, 2009

lagu dan signifikansi..

terdekit untuk aku post benda ni..
manusia ni ada bermacam- macam perasaan..
kita punya pelbagai latar belakang..
ada yang cocok dengan pelbagai keadaan hidup..
ada yang tak mampu untuk hidup dengan keadaan hidup baru..
namun sekarang kehidupan bukanlah apa yang ingin aku sampaikan..

lagu dan signifikannya dengan diri kita..
kepelbagaian perasaan menjadikan kita mempunyai pelbagai selera.
kita mempunyai pebagai ragam..
kita mempunyai pelbagai nilai..

begitu juga lagu disebaliknya..
lagu disini bermaksud merangkumi aspek lagu dan liriknya..
lagu mempunyai nilai..
lagu juga mempunyai kepelbagaian..
lagu juga mempunyai ragam..

menjadi persoalan dalam diri..
pengalaman itu membentuk lagu..
atau lagu itu membentuk pengalaman..

adakala lagu itu membuatkan kita gembira..
adakala ia membawa kita kepada satu sisi keadaan yang suram dan sedih..
adakala membawa kepada satu dunia yang hanya kita fahami..

terdapat lagu yang secara tidak sengaja mempunyai
kaitan dengan kehidupan kita..
kisah yang diceritakan dalam lagu ada signifikannya dengan kita.
mungkin keadaan masa sekarang..
mungkin keadaan masa depan..
dan lebih lagi keadaan masa lampau.

bagaimana ini boleh terjadi?
kalau lagu dicipta dari pengalaman, bermakna
kita punya pengalaman sama..
andai lagu itu mencipta pengalaman.. bermakna ketertinggian
falsafah dalam lagu itu begitu tinggi..

sesuatu yang menarik bagi aku untuk dilihat..
dari satu sisi yang gelap adakal lagu ini membawa kita
ke satu dunia tak nyata..
lagu boleh menganggu emosi.. mungkin ini signifikannya..
ada juga yang meminati lagu pada musicnya..
mungkin ini pencinta music.
tetapi betul kekaburan masih wujud..
samada ini betul atau tidak hanya mereka yang boleh menceritakan.
sekadar mendengar music tanpa mendengar atau memahami lirik..
adakah ia merupakan satu bahagian yang lompong dalam diri??
atau satu sisi yang disembunyikan??
itu.. aku tidak pasti..

April 10, 2009

kenapa mesti aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kenapa mesti aku????????!!!!!!! knpa mesti aku yang tengok sumer ni?? knp tuhan menetapkan aku yang melihat segalanya di depan aku sekarang? kenapa tidak orang lain? apa yang mampu aku lakukan? aku hanya berserah dan hanya mampu melihat.. aku redhaaa...

jeng jeng jeng...(atonansi Danny tuk MC Dinner) mengumumkan ketibaan pelakon- pelakon cengkerama di PTSL.. hadirin mohon untuk lihat adengan..

jam menunjukkan pukul 3.15 di laptoop aku.. sedang asyik menaip sejarah kebudayaan yang aku hilangkan atau tak tahu aku save dimana. jadi aku sangat sakit hati.. sedang asyik menail padal batu menher ni.. terlihat pasangan cengkerama di depan aku. aku duduk mengadap mereka, bermakna dwg meja lain dan aku meja lain.. sentuhan- sentuhan manja berlaku sebeberapa ketika.. awek dia cun jugak. pakwer hampeh.. ku slalu tengok mamat ni kat PUSAN.

aku lekaaaaa menaip ni.. tak jadi nak menaip.. ibarat aku dipaksa untuk melihat sesuatu yang aku tak ingin lihat.. huahuahuahua...

aaahhhhhhhhhhhhhh tak jadi kerja aku lagu nih!! hoooommmmmmmmooooooooooooo....
saaaapppiiiiii....

hhaaaaaa!!!!!!!!! tu dia!! pakwer dia peluk!! ceh.. awek dia tempis plak...

tak per, kita tunggu sikit jam lagi arrrr... hem awek dia tido plak...
oppppsss!!! tangan si lelaki merayap ke bahagian belakang badan..


aku xjadi kerja lagi ni... aku ni kaki library.. tak penah nampak lagi muka dwg sebelum ni waktu memalam.... aku frust gila nihh!!! mereka mengganggu konsentrasi aku menulis..

eehhh... awek dia dah sedar.. tangan masih tida berubah.. wwwwwoooooiiii!!!!!!!!!!!!
pakwer dia peluk plak... dan peluk.. alamakkkkk tangan berjaya diangkat. sayang sekali ya.. kalu tidak syaitan berjaya menjaringkan GGGOOOLLLLLL!!!!!

hehehehe.. aku tersenyum sensowang.. stop jap k.. aku nak sambung xsgmen..

kita hidup ni mestilah peka terhadap keadaan sekeliling.. huahuahua.. nampak awek telah terjaga.. pakwer merapatkan badan.. cam manjer jer.. apa dia cakap pun tak tau la..

awek dia tidoo.... stop kejap smbung kejer..

yeayeayea... da bangun.. dah la.. mals lagi.. aku tak berjaya bukukan beberapa babak penting. sebab aku masih mampu mengawal perasaan aku. hahahahaha..
jadi sebab tak tahan, aku terpaksa masuk blog ni jugakkkk..

aku harap tidak berulang lagi.... sebab aku takkk bolllleeehhh studddiiiii..


pantun- pantun..

sekalung budi,
seikhlas hati,
secawan kopi,
sebuku roti,
untuk dicicah bersama kopiii...

kopi jangan dibuat pekat,
nanti melepas lubangnya ketat,
bukan apa sebab tersumbat,
cuma menutup lubang kesumat...

kesumat ini anak pak ali,
ali nya pula anak abu,
selamat menjawap peperiksaaannn... huahuahuahua..

tak kena- tak kena..

msha: gilo ko apo kau nih..

March 31, 2009

bangganya aku..

senarai nama Menteri-menteri Besar Perak sejak tahun 1950.

1. Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz (1950-1957)

2. Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1957 – 1960)

3. Datuk Shaari Shafie (1961 – 1964)

4. Datuk Seri Ahmad Said (1964 – 19 Mac 1970)

5. Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa (19 Mac 1970 – Ogos 1974)

6. Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (4 September 1974 – September 1977)

7. Datuk Seri Wan Mohammad Wan The (1 Oktober 1977 – 1 Mac 1983)

8. Tan Sri Ramli Ngah Talib (1 Mac 1983 – 11 November 1999)

9. Datuk Seri Dr Mohd Tajol Rosli Ghazali (2 Disember 1999 – Mac 2008)

10. Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (pertengahan Mac 2008 – awal Februari 2009)

11. Datuk Dr Zambry Abdul Kadri (6 Februari 2009 – kini)

March 29, 2009

ayam kampung keluar reban



teringat dulu- dulu masa kecik, aku ni rajinla bela ayam.. reban aym belakang rumah aku siap 2tingkat lagi. tapi sekarang xder lagi. akibat serangan meteor ayam2 tu abis sumer mati dan "flat"dwg pun dah hancur musnah..

sebelum dibinanya flat tu, ayam2 tu duduk setinggan jer di reban kecik, jadi abis disumbatkan anak cucu ayam tu. ada yang tido merempat atas pokok dan lebih teruk ada yang tak balik2 bila dah nak malam. g tdo reban member dia kat umah jiran aku. time lunch bila bagi gandum nampak jer muka. ini spesis ayam korban ar ni.. tunggu masa nak kena cantas tengkok.

akibat keprihatinan terhadap rancangan kerajaan untuk menghapuskan setinggan sifar, membuat aku tergerak untuk buat plan jangka panjang yang mana dalam plan tu aku akan hapuskan setinggan ayam2 ni dan setiap seekor dari mereka akan diberikan imbuhan:

  1. flat dua tingkat yang selesa
  2. strategik: 30saat dari kwsn buang smph, 1 minit untk ke ladang sawit utk rekreasi
  3. keselamatan diperketatkan
  4. setiap family akan dapat satu bilik dan satu tempat utk bertelur bagi ayam betina
  5. makanan disediakan untuk pagi dan petang (xcukup g kais sendiri)
  6. 2minggu pertama tak boleh kua reban, sbrg aktiviti keluar reban tak dibenarkan
  7. selesai 2minggu, pukul8pagi akan diberikan kebebasan bergerak n blk sblum maghrib
  8. mesti berkelakuan sopan, terutama ayam teruna dan dara.

ayamla katakan..bila keluar reban minggu kedua tu, haha.. berlari- lari seronok. aku pun gembira tengok. aku harap bila disediakan pertempatan baru mereka akan hidup happyla.. dan tak ada lagi yang balik lewat kereban dan tak ada lagi yang tido diatas pokok. coz aku taknak nanti ia menjadi contoh kepada adik mereka yang kecik tu.

rupanya aku silap, bila ayam keluar reban still ada yang tak balik2 g lepak atas pokok. g tido umah kawanla.. yang paling geram, ingat ayam jantan jer buat perangai, ayam bertina pun ada gak. mungkin jugak dah lama tak tengok dunia, atau mungkin yang teruja dengan keadaan diluar sana menjadikan ayam2 aku ni makin leka. aku risau gak nanti time raya tak sempat nak buat rendang..coz banyak yang muda2 la buat hal ni. bukan per risau gak dibaham musang, biawak, ular dan kena kebas ker oleh "taik pekhun."

disebabkan keadaan semakin menjadi dan makin banyak yang tidak mematuhi undang- undang dan atas faktor keselamatan, aku plan tuk g buat serbuan keatas port-port mereka ni. akibat salahlaku ni, mereka dijatuhkan hukuman kurung dalam reban kecik selama sebulan-2bulan atau hukuman sembelih mandatori atau kedua2nya sekali dan bergantung kepada keseriusan kesalahan..

hem..susah jgk nak jaga ayam ni.. kesan globalisasi menjadikan keadaan semakin sukar akibat menerima pengaruh luar. dengan kemunculan spesis ayam belanda, serama, sabung, hutan,bulu balik,ayam telur, ayam daging menjadikan gejala sosial semakin pelbagai. satu dasar pembentukan bangsa ayam akan dilakukan. aku harap akan berjaya, demi keselamatan ayam2 ni.


msha: susah jadi ayam yang tak tau pikir ni.

March 13, 2009

perang dua hari...

pang! pang! pang! perang meletus!!!.. camnerla leh jadi cam tu pun tak tau la.. menurut sumber yang aku tahu, sume bermula apabila berlaku perselisihan antara kedua2 puak ni. semasa rundingan damai, semua berjalan lancar.. pastu ada satu puak ni menyatakan satu pendapat atau usul mengenai negaranya.. mungkin usul ni keterlaluan jadi menyebabkan di negara sebuah lagi ni tak boleh terima.

jadi pastu mereka mula berperang sesama sendiri.. agak teruk apabila mereka berbalas tembakan. dalam tempoh dua hari tu tak der pun wakil dari kedua2 pihak tampil untuk mengadakan rundingan damai. masing2 menyatakan pendirian mereka. mujurla dua hari jer perangnyer..kalu lama mungkin ada pihak yang akan memutuskan hubungan negara antara mereka.

hari pertama perang yang berlaku agak sengit jugak.. walaupun tak banyak strategi yang digunakan oleh kedua2 pihak. tapi yang banyak menyerang pihak yang menyatakan usul negaranya. pihak lawan juga membalas serangan dan ia mengakibatkan beberapa anggota pertahanan cedera. tapi media yang dikuasa oleh pihaknya berjaya memanipulasikan berita dan menyembunyikan angka kecederaan mereka.

hari kedua tak banyak berubah. tetapi kedua2 pihak cuba untuk menggunakan strategi bertahan yang kuat. walaupun beberapa kali kedua2 pihak untuk mnyerang tetapi berjaya patahkan. banyak rampasan senjata dilakukan. kawasan penaklukan hampir sama dengan apabila mereka menguasai kawasan musuh.

dalam peperangan yang berlanjutan pada hari kedua tersebut muncul satu pihak yang menembak dari belakang dan menyebabkan pihak yang mengusulkan itu cedera parah.. keadaan ini membuka ruang kepada pihak lawan untuk menawan. pihak yang mengusulkan tersebut tidak dapat membuat serangan balas disebab pihak ketiga telah melumpuhkan unit ketenteraan negara tersebut. serangan "counter-attack" menyebabkan pihak tersebut tidak mampu melakukan apa2. menyebabkan pihak tersebut kalah dua kali.

setelah beberapa ketika berlalu, muncul pemimpin baru.. dan rundingan damai diadakan. peperangan 2hari tersebut telah meleburkan hubungan yang erat kedua negara yang telah dibina sudah berabad... mengorbanankan kedamaian yang dikecapi dengan perang sesama mereka adalah sesuatu yang merugikan. itulah prinsip yang dipegang untuk menghentikan perang.


msha: pihak ketiga tu tak tembak ker nanti?

March 10, 2009

ketandusan idea..

aduh.. dah baper hari tak menulis. xder masa.. bulan ni macam bz cikitla... sangat2.. ditambah dengan tak tahu nak tulis per.. ditambah juga dengan "tetamu UKM" tak kuat menyebabkan rasa malas semakin kuat. banyak citer yang nak di kongsi tetapi terkantoi nak tulis. papepun aku cuba tuk post dalam blog ni..


msha: menurut Ghazali Mayudin (2008), "bila kita pegang dia rasa seronok." msha pun tak tau
nak "pegang per yang seronok tuh".. hua2.. idea dah ada.

March 03, 2009

meriah- meriah!!

hari ni paling hari yang aku suka sekali kua nga member2. mana taknya baper belas orang dok lepak skali. pas abis meeting peseosi tadi si hilman plan nak g minum. aku pun tak pasti. tapi cam bes jer kan. dah mmg life aku cam tu. dok kat sini motor xder. jadi slow sikitla... kalu der, nga awek aku pun aku angkut skali. hehe.. ada masa kiti bawa dan masa mungkin tidakkan?

apa yang tak bes bila sumer gelak sesama. aku, topek, noni, wan, haris, kecik, mat arip, hilman, muin, sarfa, khairul, pejal, hafizi. sumer gila jadinya... bila buka cerita si noni ni nak tido bilik pesepsi. haaa.. macam2 citer kuar. yang seram pun jadi lawak bila ramai2. mula citer hantu pompuan baju merah kat pusat, pastu sampai hantu satu UKM ni dwg sembang. yang kesiannya si topek asyik kena hentam jer. sian gak aku tgk. tapi mmber pya kerja tak mende pun kan. khairul nga hantu kat pusat, mat arip pasal hantu kat kejut, kecik ni lagi teruk.. memang nganjing topek cukup2. aku ngan hantu kat gangga negara. aduss... kena gak hentam. topek ni kadang2 dia suka buka citer, las2 dia yang taknak dengar. tapi banyak yang membincangkan pokok persoalan hantu kat tangki air jalan belakang KIY tu.

citer pasal hantu jalan atas air kat tasik kejut. macam2 lagi ar.. kecoh gak satu mampley tadi. kalu slalu lepak camni kira bagus gak. rasa keakraban... rasa keseronokan. aku pun tak sangka aku akan join gak dwg sblum ni. tapi pemikiran itu menjadikan kita hidup... ok ak falsafah aku? ngarut tol la.. papepun insyaallah kita akan ajak ramai2 tido bilik pesepsi nanti. baru tahu saper kuat ngigau, saper tido buas. kalu topek tido buas tak per lagi. tapi jangan noni. tak mampu aku.

masa first year dulu aku penah label topek ni kerek. sowi ar topek.. dulu2 punya citer. macam malique cakapla "ingat tak dulu- dulu, dulu dah abis...dulu banyak bunyi, sekarang terlebih perkataan" sekarang ok ar. dwg yg bawa aku merayau. g lepak2. kalu takder mungkin sampi tahun tiga aku baru g mapley 3x. caya ak? jangan marah k topek.. si kecik ngan haris ni dulu slalu dua orang jer.. tapi lelama bes rupanya.. dwg byak idea gak. yang len2 pun ok. sok g parlimen kul 9.30. tak tau la.... jangan tak bangun dahla. haha.


msha: hantu gangga negara.. nak kena tanya dr.ashaari ni.

March 02, 2009

payung ditikam hujan...

g lepak kat library malam ni.. ngah hujan tadi aku kua. pastu balik tgk2 "rumate" aku takder. jadi dduk la dekat meja luar yg d payung sambil ditikam oleh hujan. nak baca note pun gelap. so buka blog dan lahirlah benda mengarut ni. hehe..

bekerja keras hari ni untuk tutorial PMSaleha sok. haha.. aku harap tak salah baca coz PMS ni bidangnya falsafah politik. so jangan main- main dengan saya ar.. hehe. dia amat mementingkan kita untuk berhujah pasal falsafah ni. salah sikit nasib la kena menjawab.

aku backup pasal kertas dia bagi. pasal perkembangan falsafah di eropah. bermula dengan zaman klasik seperti Thales dan anaximender dan ana.... (tak tau nak sebut camner) zaman ni membincangkan mengenai alam. falsafah mereka mengenai kejadian alam dan belum falsafah mengenai manusia, tak banyak persoalan yg ditimbulkan oleh mereka. menurut thales, dia menganggap alam ini bukan satu himesfera tetapi sfera yang mana bumi sebagai pusat manakala bulan, bintang, matahari dan objek2 lain bergerak mengelilingi bumi. hem bagus gak. thales adalah bapa kepada falsafah tetapi idea dia tak berapa kuat. pastu anaximender pula bercakap mengenai asal usul manusia. asal kejadian alam ini daripada apa. menurut beliau, manusia sebenarnya berasap daripada tanah lumpur. iaitu ikan. ikan ni dikatakan berasal dari lumpur dan mempunyai cengkerang berduri dan bersisik. kemudian apabila memdapat sedikit cahaya matahari ia akan berubah. seterusnya ikan ni akan naik kedarat dan berevolusi menjadi manusia. mula2 aku pun confius dan tergelak. tapi terfikir sekurang2nya idea mereka dikaji berbanding akukan.

pastu masuk zaman yunani dengan ahli falsafahnya seperti socrates, plato dan aristotle. aristotle dibunuh kerana kritikan terhadap athens pada masa tu. disebabkan hendak mempertahankan prinsipnya dia rela dihukum minum racun. undian dibuat dengan 280org tak menyokong idea dia dan 220 menyokong. walaupun pengikut3nya suh dia larikan diri. tapi dia taknak. inilah seorang patriot sejati. hehe. pastu plato yang begitu berpengaruh dengan "philosopher king" menyokong bentuk negara oligarki. pastu aristotle anak buah plato. best gak dia ni. tak suka bentuk negara oligarki tetapi lebih kepada demokrasi.

pastu masuk zaman rom. yang betul2 aku tak faham. maybe tak famous kot. lepas kejatuhan tamadun rom, muncul la zaman kegelapan di eropah. tamadun rom jatuh pastu pentadniran pusat dah kucar- kacir menyebabkan munculnya tuan tanah "kedaung". hehehe.. muncul tuan tanah yang dikenali sebagai "baron". masa ni petani terpaksa bayar cukai tinggi fan kalu tak mampu, lasnya kena serah tanah. bacon ni rapat ngan raja. kiranya dwg link baik pyala.. bacon link ngan rakyat. masa ni wujudnya sistem feudal di eropah. institusi gereja telah melebarkan pengaruhnya pada zaman. ilmu2 yang sebelumni di sekat. tuhan dan akhirat adalah sumber ilmu pengetahuan.

akibat tak tahang ngag gereja muncula golongan yang menetang pemikiran teleologi. mereka lebih mengunjurkan pemikiran rasional pada zaman yunani tu.. masa ni berlaku polemik antara gereja dan rasionalis ni.. sehingga dikenali sebgai zaman renaissance yang bermaksud kebangkitan semula yang di akibatkan oleh rasionalis ni berjaya menghapuskan pengaruh gereja dlam pemikiran mereka. zaman ni banyak ilmu2 dan idea2 yang radikal. tokoh yang terkenal ialah machiavelli atau nama timangannya makcikveli la. hehe..

ikut note PMS bagi ada zaman reformasi protestan. aku tak baca lagi. tak tahu plak ada zaman khusus period ni. yang aku tahu gerakan kristian yang protes institusi gereja zmn gelap yang tak elok. cara hidup. lalu akibat protes agama kristian terpecah dua. kristian khatolik (ortodoks) dan protestan (membantah) yang membantah si paderi2 yang suka berfoya2. hehe..

pastu masuk zaman enlihgtement dan moden. zaman ni paling susah sekali. coz banyak idea2 yang dikeluarkan. ramai plak tu. setiap orang ada idea berbeza.. francis bacon la.. rene descrates.. masa ni muncul bermacam konsep politik.. tak tau nak ulas camner.

so..itu jer aku baca. hope saleha tya sok. kalu tak aku ngangi la.. entah falsafah tokoh mana aku kua. maybe.. falsafah homoerectus ker.. habillis ker.. homo sapiens ker.. jgan gelak. takder mereka tak der la kita. tak der mereka dan tak der "SEJARAH KEBUDAYAAN NUSANTARA".
topek mesti ko tengah gelak skang kan. mesti kata aku bengong..

pe yang aku tulis tak semestinya betul faktanya.. buku2 ilmiah mesti menjadi panduan asas sesaper yang baca. almaklumlah aku bukan cam PMS. dah kepala otak penuh nga falsafah so. terkeluar dalam ni.. sowi k.. skurangnya2nya dapat bantu aku ingat dan mungkin juga membantu sesape yg membaca.


msha: falsafah cinta moden "cinta itu duit..."

March 01, 2009

politik @ arkeologi?

sian si topek xde geng nak sambung masters. aku mungkin 4tahun kat sini. pasal rancangan masters ada.... tapi tak tahu nk sambung apa. mungkin politik dan mungkin arkeologi. tapi aku minat arkeologi. dari dulu mmg aku suka benda2 camni. tapi degree aku dh politik mungkin akan dipertimbangkan kelak..haha..

tapi pasni, mungkin aku akan keje dulu. kumpul duit dulu. bagi family aku senang sikit. sekarang mengharapkan abang aku sorang, kesian gak dia. agak2 dah stabil baru aku wat masters. insyaallah.... nak sambung terus tu mungkin tidak la.. paperpun tuk member2 aku. aku doakan yg terbaik tuk korang. mungkin pasni aku akan aktif nga politik kawasan aku. aku tahu dwg akan tarik aku..tambah plak makayah aku boleh dikatakan orang kuat gk kat pantai tu. sebelum ni aku der gak terlibat secara tak langsung.. sumer ni mak aku punya keje la.. mak aku cakap "amik politik takkan taknak terlibat politik..."

aduss.. pedih terasa dihati.. al maklumlah masa tu AUKU menyekat.

February 28, 2009

aku yg [sibuk]

hehe..dh 2hari tak nulis ni.. dok sibuk update & upgrade blog. e2 xkena, ini xkena.. hehe. aku dh de 4blog termasuk ni.. tapi yg len buat j pastu post sekali benda ntah paper! pastu bia.. konon nk jadi blogger yg terrer ar. tapi satu function pun xtau. tau post j.. jadi sunyi la jadinya. lagi satu ada yg lupa email nga pasword. xleh blah.. byk sgt email agknya. dua yg sblum ni sem lepas punya hal. yang terbaru wat pakai wordpress.. paling aku suka sekali. sangat cantik.. dh upgrade. tapi mslh xtau nk link camner nga blogger ni. mmber2 sumer pki blogger ni. aku tya si topek pun dia xtau.. kdg2 aku buka gk la..

yg ke empat, ni lah baru menjadi cikit.. mula malu sbnarnya nk "publickan" almaklumlah:

buah strawberi di luar pagar,
amik gajah tolong jolokkan,
saya budak baru blajo,
kalu nak "public" mesti malu kan..

begitula hendaknyer... di tambah nga xberapa pandai menulis.. hehehehe..

jadi dek sibuk meng"upgrade"kan blog ni, tak ter"post" la paper tuk di kongsi. orang kata kalu blog j cntik tapi kalu xupdate xguna kan... hanset aku rosak... xleh on. sakit hati tul. nk berinteraksi nga orang ramai dah kantoi. slmt sempat call mak aku jp smlm pas abis konvensyen.

dah kat kul 5pagi, mata masih tak terasa mengantuk. jari masih lancar menulis.. tapi nk cari mud tuk mengarang takde. sok nk kena bangun awal coz nk kemas bilik permadari yg macam tongkang pecah.. khamis depan balik kmpg.. sebab isnin cuti. jadi leh balik lewat sehari. jadi xleh pegi pehimpunan PPSMI sabtu depannya. aku menyatakan bantahan sekeras- kerasnya terhadap penggunaan b.I dlm math n sains. bukan disebabkan sebagai bahasa kebangsaan, tapi disebabkan nasib bangsa malaysia sendiri. dalam tempoh beberapa tahun pelajar akan jadi uji kaji keberkesanan dasar ni.

aku kesiankan mereka ni. langkah dlm pelaksanaan masih belum kukuh dan berkesan, jadi siapa mangsa. anak2 golongan atasan pg antar private skul, luar negara dan interntnl skul. aku tahu mungkin atas sebab "keselamatan" anak terpaksa dihantar jauh untuk belajar. tapi jgnla samakan ank2 korang yg belajar diluar berbading di malaysia. pinggir bandar baper kerat yg boleh buat cam korang.? mereka dah biasa dengan bahasa iggris mmg nmpk mcm sempit pmkrn aku dan mungkin org berckp "kalu tak pecah ruyong, mana nak dapt sagunya". aku tahu...tapi mcm mn nga masyarkt pinggir bandar? berapa kerat sangat ibubapa dari sebnyak2nya dim'sia yg mampu utk bertutr? tak guna kalu satu hari nanti kita berbangga dengan beberapa kerat org dari malaysia yang bijak berbanding dengan puluhan ribu yang tidak berjaya dan lemah.?

dulu aku menyokong... sebab tak melihat secara mendalam dan terlalu utopia... sekarang aku membantah. aku kesiankan adik2 yang terpaksa menggunakan dasar ni. adik aku... aku cuba tolong ajar dia buat kerja sekolah, ajar b.i, aku paksa tgk citer kartun english. tapi dengan masa yg singkat sebab balik cuti, korang rasa aku mampu ker? makbapak aku tak pandai berbahasa inggeris. adik aku pompuan tinggal di asrama. jgn sebab menurunkan graf peperiksaan lalu dijadikan bukti kejayaan. subjek teras disekolah adalah BM, Bi, Math, Sains, sejarah. dan biasanya apabila memohon pekerjaan atau sambung belajar subjek teras akan dilihat terlebih dahulu.

dulu pelajar jus tak suka subjek english jer. dan hanya satu subjek teras yg keputusan kurang memuaskan. e2pun kalu pg minta kerja salah satu pun tak dapat kerja. sekarg mungkin dah jadi 3subjek yg dwg xmnat dan apa yg lebih penting ktiga-tiga adalah subjek teras.mungkin 3kptsan yg tidak memuaskan. masuk period SPM dapat clas2 belakang sebab subjek sains n math xmemuaskan jadi xleh masuk clas sains. smpi SPM pun benda sama berlaku. macam mana dengan masa depan adik2 ni? boleh ker dapat kerja dengan 3subjek teras dengan kputusan yg kurang baik? nk kerja apa? nk sambung belajar mcm mn?? awam dah tentu xdapat, private? banyak duit ke antar? semua mampu ker walapun ibubapa sanggup berkorban demi anak2 mereka berjaya? fikirla k..


msha: kena tuisyenkan skali ibubapa..


February 25, 2009

al kisah GM

macam terasa balik cam tahun satu. sumer ni jadi masa class method.prof GM masuk awal gila smlm. aku pun xsangka. masa masuk tgk baper owg j yg ada. so GM suh tgu yg len2 jap. tiap2 kali mmber aku masuk mesti GM tya ada clas ker 3-4? coz class method start kul 4-6ptg. sumer dia tya.. except si presiden jer yg terlepas. mybe xlrt tya soalan sama kot. bunyinye macam perli bila ditya soialan tu.

GM ajar kuanlitatif... xla memeningkan aku sgt. aku lomah maths byk. huahua2!! per yg aku mampu aku katakan "GM mmg best". retro ayoyo!!!!!!!!!!!!

xngantuk pun.. walaupun cara ngajo pun relax jerk.. tapi dia wat lawak spontan. mmg ktrg berdekah2 dlm blik kuliah tu.. old skool.. aku mmg respect gila. kuliah dia mmg snang fham.
org berpengalaman la katakan..

ish!!! aku nk citer pasal lawak GM buat jer. msuk bab len pehal plak. untuk pengetahuan sumer GM akan bersara 15.3 ni dan satu majlis akan diadakan oleh PMSP (budak-budak politik ukm) pada 13.3.2009 (kalu ada penangguhan akan diberitahu kelak)... aku harap pas GM bersara dia terus ngan perjuangan dia..kot2 jahi ahli parlimen Jasin ker.. amin2...

apa manisfesto GM erk... "kot"? buku tu ckp lagu tu? kot-kot tinggalla dkt rumah..


msha: suka rambut GM.

February 24, 2009

panazzzz


kerja gila.... haha. asyik gila jer. masa bila plak yang xgila. baru sampai bilik, aku kua g mampley ngan mmber- mmber aku. mesti kerja jahat si topek ni suh aku bawak motor. jenuh aku nk g amik wallet kat awek aku. tapi jgn bocor "rahsia" aku bawa motor xreti.

tak banyak yg ktrg sembang hari ni. hal politik xsentuh pun.sumer citer pengalaman kat sekolah. kisah cinta zaman remaja, citer pasal nyah la.. haha. sebut pasal "nyah" ni. dulu aku ni jenis yg sosial cikit. merdeka ker tahun baru ker and bila yg best mesti kuar tak balik umah. family aku jenis sporting cikit. tapi dwg sentiasa nasihatkan aku. alhamdulillah aku masih ingat.

dulu masa remajakan zaman kegemilangan underground kat malaysia. walaupun dh lama bertapak semasa joe kid bawak music punk masuk ke sini. masa form 3 to 5 kiranya era kebangkitan undegroundla. kat tempat aku kiranya aku ngan member-member abg aku adalah pelopor utama masa tu. ojai, achoi, jai, yeh, apit, along, k.e termasuk abg aku dan aku antara yang paling muda sekali. ktrg ni generasi pertama yang memperjuangkan underground kat pantai remis terutama music grunge. I LOVE ITTTTT!!!!! masa tu sumer budak -budak ni tgk pelik ar nga cara pakaiannya. bila tiba time merdeka ker tahun baru ke mesti aku blah kua umah g sambut. masa ni ramaila mmber yang aku kenal. bebudak skin head, punkers dan grungers xramai sangat coz masing- masing xde spirit cam bdak- bdak skin head n punkers ni.

masa skul dulu rajin la jumpa budak skul len yang layan underground. poyo je masa tuh. so masa merdeka ar ktrg jumpa. then lepak kat taman dulu, kat town. pastu lepas sambut g sembang-sembang dulu ngan member- member aku ni. ada sowang nyah ni lalu. kat taman tu xdela cerah sangat nampak cam pompuan lalu, nga skirtm high heel, rambut panjang, nga breast besar. ktrg pe lagi ngorat ar. member aku dak skin head, adi name dia g ar tarik. las-las suara jantan kua. mmber aku ni ayat- ayat las2 nyah tu layan. pe lagi dwg ajak aku g, hahahaha geli tengkok aku.
sori to say.. aku xbleh blah tol nk g merasa nyah tu. walaupun mmg sebijik cam pmpuan! dwg tinggalkan aku jap g main nga nyah tu. balik muka senyum jer. bil air dah dijelaskan! hehe.

nyah ni boleh di kategotikan dlm bbrapa jenisla. ada belajr lagi. ni ada sifat2 lembut n baru cuba nak menyelani hati dan perasaan pmpuan la. baru bljar nk makeup n rambut pendek g. yg 2nd jenis yg tak bekerjayala.. dwg mcm pompuan, ada breast, pkaian, rambut pnjg tapi kerja xla bagus sgt and the las one yg profesional la. mmg fully pompuan la. kerja pun bagus. tak banyak jenis ni. dwg banyak tinggal kat bandar- bandar. dwg ni jenis yg baik n xkedekut duitla.. tapi skrg gua xpsti la camner beb.

oneday masa aku form5 la, ada akak ni dtg sj smbang2 ngan aku, mmg solid molid ah. susah nak membayangkan yang dia blum d bf. hahaha!! kakak...kakak..... dok kat ipoh katanya. ramah gak, mesra.. dia blanja aku makan kat KFC, lumut. masa tu aku single lagi so xtakut awek marah. saja lepak2kan. naik keta dia ktrg g KFC. kereta satria GTi.. masa tu cukup famous ar. aku pun pelik gk kenpa akak ni baik sangat. aku pun berani coz masa tu xder lagi kes- kes org kena culik ker kena larikan ker. kalu sekarang maaf la nk ikut.. makan n sembang2 dia minta no tel aku. tapi syg aku tak pakai lagi hp masa tu. yang aku terkejut akak tu siap nk bagi hp dia kat aku lagi, katanya nnt nk contact senang. hahaha..tapi aku tolak. masa tu aku dah agak akak tu nyah.. sangat2 pasti. suara pun cam control cikit, gaya melebihkan pompuan biasa. xde nyer pompuan asli yg baik cam tu.

akak tu sangat cantik. free hair, betis cun. xnmpk pun bulu kaki. mybe dia cukur kot. aku aku trima time tu mesti aku hidup senang la..tapi bhaya gk kot2 silap hari bulan aku kena roket. kalu aku roket dia xp gak. akak tu mmg sebijik cam pmpuan. mungkin dia bedah kot.. hahaha.. itula crtanya.. awek aku pun xtau citer ni. aku rasa poengalaman hidup aku cukup banyak.. pape pun.. TQ kat akak tu coz blnja aku KFC, bagi aku cium perfeum yag wangi dlm kereta dia.. aku pun xigt name dia. kalu de anak2 jagela elok-elok k.. kim salam kat suami..... eh betul ker? kim salam kat isteri k... eh! cam confius plak2. kim salam kat suami isteri k.. smpi skrg aku masih igt lagi muka akak tuh.


msha: kecik- kecik dlu ada gk cuba pakai skirt, tapi xd laki nk pun.

February 22, 2009

kerja gila + maggie goreng

kerja gila!!!!!!! e2 j mampu aku cakap. sabtu ktrg g lepak library dlm kul 3 cam tu la. pas2 tiba time 3.30 brader ptsl bagi pengumuman, "alo sumer, gua nak cakap sikit, sesape antara korang yang nk borrow buku or return the buku, pleasela antar sebelum kul 4 ptg beb. sebab ktrg dh malas nk tunggu dah ni. pas2 lagi satu library akan di close pada jam 5 petang. lu orang kalu nak dok lama sila bawa tilam dan bantal". haaa.. lebih kurang cam tu lah maksudnya. haha. ktrg punya semangat nak siapkan xsgment las2 dpt dok kejap je. jadi tukar plan las minit ktg kuar g mines. dah lewat petang la. 5.30 ktrg kua. sampi mines kul 6 camtu la. xpenah aku wat camni lgi. pastu tgk wayang kul 7.20 citer "eden lake". bukan nogori punya eden tau. namo tompat je ha.




citer ni layan gak la. bagi aku ni citer tak bermoral!!! xbermoral bukan sebab banyak "SX" tapi sebab sikap- budak yang xder attitude. sangat sakit hati. rasa cam nyesal g tgk j. biasanya movie kalu kita tgk mesti kalu yang baik mesti akhirnya dapat smthg yang baik. ni pya citer dah terbalik. pompuan dalam pic tu baik, pastu g holiday nga balak dia kat eden lake. dah la mula- mula kena tak baik nga bebudak tu. pastu dah nak abis citer jadi tak baik jugak kat pmpuan tu. maknanya xd hapie ending kat pompuan tu. sakit-sakit hati pun kali ada eden lake 2 myb aku g tgk gak. tapi aku rasa mybe wat kt n9. hahaha..

pastu ktrg balik, kul 9.30 camtu aku sampai kolej. mlm tu aku d janji plak nga member member aku nak g lepak kat mampley precint9, ptrjaya. malam kedua aku nga kawan- kawan aku. aku enjoy gila. kul 10 topek aku aku kat kolej. pastu ktrg gerak g putrajya. aku, topek, noni, wan and sarfaMS. sementara nak sampai punyala lama. aku agak mesti noni dah sumpah seranah si topek ni. sampai mampley kitrg kena tarik nga "ane- ane" tuh. rasa cam artis jap. hahaha. maknanya suh makan kat kedai dwg. bla..bla..bla... dwg ajak plak g tgk wayang kat "alamende..."
mula nak tgk upin n ipin, las g beli tiket habis SOLD OUT!! dengar citer best!! family- family yang datang abis angkut nenek yang pakai togkat sekali g tgk. haha. pastu ktrg tgk citer "the punisher". dah la dok kat depan, jenuh nak melangut. layan gak citer ni... tapi hero xensem n orang jahat dia pun xpower n xjahat sangat. overall mmg xbosan.



bes! bes! bes!! tapi aku kesian kat topek. dah beli "popcorn" nga ayor mineral 2botol abis 20 hinggit!! abis tu kitrg balik campus, sampai dlm kul 2.30. selamat ktrg xg skodeng "nyah" ker couple ker. ish..ish..

bangun pagi, mkan pastu aku g library nga awek aku dalam kul 2.30ptg. aku sempat la cari bahan tuk falsafah timur. tapi xjmpapun!!!! bengkek jer rasa. mampus nga PM salehah sok. lepak kejap pastu hujan lebat gila. so ktrg terkantoi kat library tuh. sampai brader tu bagi pengumuman. "hahahaha..hujan!! padan muka orang xleh kuar. sesape yang ada goreng pisang nga air kopi leh la bagi aku cikit.". akibat bengkek nga bro tu. ktrg buat plan gila g kajang tgh hujan lebat plak tuh semata- mata nak g tgk "the geng". sampai kajang kul 6, g amik tiket. citer kul 7.15 mlm.





citer ni mmg sejarahla bagi cinema kat kajang. aku boleh dikatakan slalu gk tgk kat sana. ikut citer gk la.. dipendekkan citer selama aku g tgk wayang kat kajang jus g amik tiket then ikut suka nak dok kat mana. masa g amik tiket the geng tu, akak jg kaunter tuh tya nk dok kerusi mana. aku pun pelikla then tya lagi sekali. akak tu kata kena pilih kerusi. haha. aku pun tergelak dulu. sejarah...sejarah.... aku ckp xpela akak, saya bawa kerusi saya sendiri.. hua! hua! hua!! aku tu benti keje terus. memang best la. walaupun kartun dia cam keras sikit tapi citer dia mmg best gila! walaupun kartun dia rasa garbra ada.. takut ada... sedih ada... macam2 lagi la. dia berjaya bawa kita cam ikut join skali, maybe jadi "apin" kot. hehe. mmg full panggung tuh, walaupun besar gedabak!

sementara tgu kul 7.15 pya time show kitrg g minum.. ni la citer maggie goreng!! hahahahahaha!! aku tulis ni pun cam nak tergelak je. niat di hati mula nak g minum jer. pastu awek aku suh order makan. aku pun amik la menu ringan jer. nescafe tarik n maggie goreng la. tgh hujan automatic jadi lapar la...selang bbrapa minit sampai air then maggie goreng aku. bila smpai ktrg cam blur je jadinya. korang tahu ktrg dapat magie goreng jenis apa??? korang tgk kat bawah tuh!!!!!! siap tangkap lagi!!



korang boleh bayang x apa perasaan masa tuh? aduh...jenuh aku wat dosa sumpah seranah tauke tu. xleh blaah langsung maggie goreng dia. jus pakai mee sedap punya pack je korang tahu tak. rendam dalam air panas, kua kan magie taruk dalam pinggan, campur perisa yang ada dalam pack tu, pastu gaul bagi sebati, then tabur bawang goreng yg dlm pack tu pastu siap!!!!!!! nenek aku leh buat ni!! dahla pakai mee sedap yang xsedar tuh!


aku tension tol, abis dh order nak wat camner, makan je la.. mls nk byk comment kat tauke tuh. birokrasi... mkcik endon kat kampung aku, buka warung kat tepi jalan, papan lagi tuh! magie goreng dia sedap gak! mmg xd campur perisa yang sedia ada. ini kedai kat dlm metro kajang tuh. antar magie tak supa bikin tuh! masa tunggu aku dah terbayang betapa kesedapan maggie yang bakal sampai tu di hujung lidah.. aku terbayanng cam maaggie kat bawah tu...





abis apa mampu aku lakukan..hanya makan sambil ketawa mengenangkan jenis maggie goreng yang aku terima..e2 kali pertama dan terakhir aku makan di situ.. tq makcik.. masa bayar, aku sempat puji maggie goreng dia sedap.. aku harap makcik tu terus succes nga maggie goreng istimewa beliau tuh. hahahahaha!!!!



p/s: macam trauma nk order maggie goreng.

Image Hosted by ImageShack.us