July 30, 2009

HERO vs BERUK

hari selasa.. lebih kurang pukul 1.30 la.. tengah lepak ngan kengkawan2 sblum clas kul dua.. sambil baca artikel tuk tutuorial tetiba jer kat depan PPSPS, FSSK kena serang dek beruk. pelik gakla, selalunya after office time baru kua, tapi hari tu keluar awal plak.. mula ingat tak ada apa pun, jus jalan jer kot, ttbe jer beruk tu g kaco bdk2 pmpuan FPI agaknya, beruk tu naik atas meja, then pe lagi tempiaranla lari budak2 pmpuan tu. dahaga agaknya, dia minumnya air tin dwg.. haha.. di tumpahkan.. hampir dipunggahnya beg..

tapi xsempat, ekoran kehadiran "hero" ni, mungkin tengah2 terbang dengar kecoh2 kot, pastu pergila meleraikan keadaan masa tu.. berkacamata hitam.. berseluar jean agaknya..baju terukir didada huruf "T".tapi cuma spender jer bukan diluar.. berlaku pergelutan beberapa minit.. dengan menggunakan selipar sebagai senjata menjadikan pergelutan hero nga beruk tu menjadi semakin hebat. aku yang berada dekat dgn hero tu pun tak mampu nak buat apa2.. akhirnya beruk mengalah dan lari ker pokok.. selamat hero ni baik cikit.. kalu tak dah tukar "super saiyan" pastu bagi "kame hame ha" hangus gak beruk tu..

terkagum gak sebentar aku melihat hero tu... respek ah kat dia.. hero bahau pun xmampu buat cam aku rasa..

aduhh..ntah paper punya entri la ni..

msha: hero pujaan FPI..

otak + laptop + hp kena format


malang betul, hp xley on.. laptop cacamerba.. xsangka dua2 kena format plak. tekanan gak ni, duit makin kering, tapi keluar makin basah.. (ada gak manusiawi yg xfaham ni). format hp dah kena RM30. format laptop tambah RAM dah kena RM130. hope keje berjalan lancarla.. no mmber2 sumer da hilang.. mn nk cari ntahla.. lagi satu nak kena format, otak aku ni.. banyak sangat virus. thumdrive pun dah byk dicucuk. macam- macam da masuk. kena format balik cam tahun satu dulu. semangat baru, tenaga baru, smart plak tu. haha.. poyo jer kan.

xpela, muhasabah diri dulu untuk bbrapa ketika.. nnti dah ok sedar diri kita sape, dekatkan lagi pada-Nya, insyallah terformatla kepala otak ni..

msha: Ya Allah.. tolongla formatkan balik otak hambuMu ini..

July 18, 2009

salam kembali kepada semua

ibarat menunggu disimbah air, tapi xde pun. haha.. dah lama tak menulis dah 2bulan agaknya. cuma tak ada isu nak dikongsikan bersama. maklumlah cuti semester 2bulan plak tuh. sempatla jugak cari duit cikit.. duduk dikampung dengan kengkawan, tiap2 hari pegi CC, tapi tuk main game j.. kadang2 jer buka blog ni. tapi tak der mood menulis agaknya.

dah masuk U balik, hampir 2minggu tapi still xder mood menulis.. ntahla, tetiba malam ni rajin plak. mungkin tak ada ruang tuk berkongsi, jadi tulis jer apa yang dirasa. dekat "shoutmix" tu banyak yang tak reply msg yang ditinggalkan. tambah plak dekat followers tuh, dah bertambah, tapi belum di follow up..

maaf bebanyak ok sebab lambat tuk jadi followers korang, insyallah sekarang dah ada mood tuk explore blog nih. hahaha... thanks sekali lagi tuk yang followers tuh.

p/s: moodddd..... moooooddddddd.... mmmmoooooooooooooooddddddddd.....

May 08, 2009

diari seorang nelayan..

aku nelayan yang tidak menentu rezekinya..pukul 5 pagi bergegas keluar mencapai basikal tua ku..hampir seusia, dia tetap menjadi peneman kemana aku pergi..aku tidak mampu untuk memberi keistimewaan pada diri. pada diri seorang bapak ia tidak penting.. kerana lebih besar tanggungjawab perlu dicurahkan..pagi yang tiada bulan, basikal tua yang tidak lagi mampu memberi seperti motor.. sambil embun pagi yang masih menusuk hingga ke tulang, untuk rezeki keluarga ku, aku gagahkan kan jua. dimamah kegelapan berbekalkan lampu suluh yang usang aku mengagahkan kayuhan sambil terbayang wajah keletihan anak- anak ku yang sedang tidur dek pelajaran yang terpaksa dilalui. sempat aku mencium dahi mereka sebelum keluar tadi..

"anak- anakku, apa yang bapak harapkan adalah kejayaan kamu bila kamu besar nanti...jangan jadi macam bapak.. turun kelaut kadang- kadang tak tentu hasilnya.. jangan jadi macam bapak yang tak mampu beri keselesaan pada kamu semua.. "

ah.. sudah2la berkhayal.. tetapi agak jauh juga perjalanan ke pelantar ni. ahh.. kaki yang dimamah usia, seperti tidak mampu meneruskan kayuhan..perlahan aku teruskan kayuhan. tersenyum terbayang wajah isteri tadi, kepenatan melayan karenah anak- anak.. namun masih tersenyum menyambut aku pulang dari laut.. berbekal nasi goreng bersama kicap tak sabar menjamah diatas sampan nanti..

tiba- tiba air mata ku mengalir perlahan... sambil tersenyum.

bersambung..

May 04, 2009

birthday party.. terkena jua aku...



macam manala aku pun boleh terkena jugak "tulah" kawan2 jugak ni. sepatutnya, wan (baju merah) tu jer yang kena.. alih yang berbulan 5 ni pun kena juga. tapi aku ini ibarat dipergunakanla.. topek2... rancang nak kenakan wan, rupanya rancangan bawah tanah tuk kenakan aku jugak! rasa macam nak tembak- tembak jer korang!!

apa pun, happy belated birthday untuk wan.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. bukan apa.. moga tercapai hajat nak beli ninja katanya..




tuk yang lain, first sekali aku nak pijak pondan ibu Zain! hantu tol.. beria- ria nak amik kerusi la.. bagi makan kerusi ko karang.. yang kedua tuk pondan za'ba tu.. kepala diowang.. dia ni yang beria-ria suruh aku datang. rupanya aku pun jadi mangsanya. wana.. ni lagi satu kawan pondan za'ba ni. sama jer 2x5.

untuk ko farid, aku masih ingat hentakan telur keras dikepala ku.. tepung goreng pisang "adabi" yang bersalut dimuka. untuk kalut dengan muiz... korang memang hancusss!! Danny dan pakmi, terima kasih coz meraikan sekali.

sebelum terlupa, happy belated birthday untuk fatin. selamat hari buruh gak. haha.



tapi sedih juga sebab cinta tak datang. kata topek, dia akan datang.. jadi ditunggu tak kumjung tiba. apa pun terima kasih tuk cinta... sekali merancang mengenakan aku.

terima kasih semua..

jika kau fikirkan kau boleh!!

tajuk: jika kau fikirkan kau boleh!!
lagu/lirik: admin


jika kau fikirkan kau boleh,
tak "study" boleh kau lakukan,
jika kau fikirkan ragu- ragu,
tengok kawan sebelah mu..

jika kau fikirkan pleistosen,
jangan dilupakan holosen,
jika kau fikir metodologi,
jangan lupa prof ghazali!

percaya apa yang kau baca,
tak masuk engkau goreng ajer,
menggoreng ikut kerasionalan
kau goreng!
kau goreng!
kau goreng!
kau gorengggg!!!

May 02, 2009

kegembiraan mu kesedihan ku..

gelap dalam semua tindakan..
kadang- kadang menjadi serba salah,
dek keadaan mendesak
mencuba untuk kembali seperti dulu..
ego pada lelaki ditinggalkan jauh dalam kegelapan malam,
apa yang diharap, ia menemukan jalan yang baik,
jalan yang baik untuk sesuatu hubungan..
menyangka dengan keyakinan,
akan dijumpai apa diharapkan.
tatkala keyakinan dihancurkan,
baru tersedar diri terlupa pada sesuatu..
hanya aku yang menginginkan..

kegembiraan mu, kesedihan ku..
tidak ada kesedihan pada diri..
aku mengabaikan semuanya..
diterima sebagai balasan

terdiam hanyut membawa mimpi..
hatta aku tersedar..
kini aku hanya perlu berdiam diri..

May 01, 2009

aku rindu pada Dia...




Engkau Terbaik Buat Kami..



Terima Kasih & Selamat Bersara
Prof. Madya Ghazali Mayudin

Dari Kami Mahasiswa dan Mahasiswi

Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia.


Jasa Mu Sentiasa di Kenang...

April 28, 2009

I.S.A : PANDANGAN ANDA?

sidebar disebelah ada diletakkan satu poll, atau soal selidik tertutup dengan kata mudahnya. ia sebagai satu percubaan kepada semua dalam melihat keterbukaan ruang maya terhadap pengunjung. percubaan tersebut merupakan wadah membuka satu dimensi baru demokrasi, iaitu demokrasi digital. sejauhmana keberkesanannya masih belum dapat disimpulkan secara empirikal.

sebelum ini demokrasi digital telah membawa perubahan kepada ruang politik di malaysia. melalui gagasan ini, banyak membantu keterbukaan minda rakyat dengan pelbagai isu dari pelbagai sisi. namun, kebanyakkan dari apa yang dilihat keterbukaan ini tidak lebih sekadar spekulatif dalam politik. tidak dinafikan memang wujud pelbagai isu pragmatik dengan keadaan semasa. lebih penting apa yang diharapkan, ruang ini digunakan sebagai satu bahagian yang lebih preskriptif terhadap sebarang isu.

disamping ia juga mudah sebagai transmisi kepada pemperolehan data dari cara yang baru. tidak lagi perlu berlegar mengejar "massa" dalam memenuhi kaedah penyelidikan. namun belum tiba masa untuk menyimpulkan keberkesanan ruang ini. skop yang lebih terkehadapan kemampuan membina jaringan atau rangkaian semasa kita secara lebih mudah.

bagi membuktikan secara empirik, sudah tentulah ia melibatkan kerjasama dari anda untuk membuktikan kematangan dalam demokrasi di negara kita, argumentasinya adalah contoh disebelah dengan harapan ia dapat dijawab dengan jujur oleh anda.

April 27, 2009

metodologi dan peter



metodologi.. alhamdulillah, hari ni habis lagi satu paper. metodologi sains politik. paper yang paling dirisaukan oleh kami semua. pada aku, falsafah paling menakutkan aku. aku minat tapi tidak bermakna kita menguasai. habis paper tadi, tengok muka noni yang paling tension dikalangan kitorang masa review dah "kembali senyum". terlepas beban berat bagi dia aku fikir.

nak kata susah tidak la sangat, senang pun tidak. tapi alhamdulillah semalaman tak tido, berbaloi pada aku hari ini. tapi semua tu belum menjanjikan apa pada keputusan nanti. itu yang kita dapat cukup untuk kadar usaha kita selamani. tapi agak tertekan bila tengok soalan bahagian kuantitatif, tak keluar "contigensy table" dan graf. penat menelaah semalam, berkira sana sini dan yakin boleh buat. tapi tak keluar. sedih gila!!

takper lah, dari sudut positif mungkin nanti senang keluarkan data, dari data primer. al maklumlah, matematik ni bukanlah bidang yang aku minati sangat.

semalam peter bersama aku, mungkin dalam proses mengeratkan kemesraan. siapa yang dia percaya..memang dia akan ramah dan menjawab setiap pertanyaan kita. sapa yang jarang dengan dia dan tak percaya. susahla.. silap- silap kena marah balik. sempat juga bertanya soalan apa yang keluar. katanya, jangan buang masa dengan table dan graf. aku pun tak faham kenapa dia cakap macam tu. dan tadi baru aku memahami kenapa. haha.. peter.. peter.. please answer...

ada juga soalan- soalan lain, soal selidik katanya. kalau falsafah di katanya pula "kau dah dapat kertas biru kan?".. aku simpulkan mungkin kertas biru yang PM saliha bagi.

sudahla peter tu, bosan juga dia dengar soalan yang memualkan. sebelum terlupa, peter cakap semalam suruh aku berterima kasih pada wana. haha.. terima kasih wana, kau memang kawan yang baik. aku doakan kejayaan kau. apapun keputusan nanti, bagi aku kau adalah yang terbaik antara kita semua. terima kasih semasa review hari tu kau banyak bagi tunjuk ajar pada kami semua, terutama sekali pada aku la. data kuantitatif yang kau bagi lecture hari tu memang sangat- sangat membantu aku secara peribadi.. dan sahabat- sahabat yang lain. terkontang kanting kita semua kuantitatif yang Dr. Rizal ajar tu, syukur apa yang kau bagi memang sangat memuaskan. bahagian kualitatfi takla ralat sangat sebab apa GM ajar masuk dalam kepala di tambah denga faktor otak yang hanya tidak boleh menrima nombor.

terima kasih atas tunjuk ajar kau wana, ikhlas dari aku.. kalau tidak memang aku rasa agak hancus la menjawabnya.. terima kasih sekali lagi.

msha: peter nak kawan nga kau wana.

April 26, 2009

E-Book untuk Kita

link sebelah ada aku letakkan senarai e-book. dalam proses membuat tesis ni, aku anggarkan ia berguna untuk kita. dah lama aku jumpa, cuma terlupa untuk letakkan dalam blog ni. banyak buku yang ada, bukan sahaja bidang falsafah, politik, sejarah. malah memuatkan pelbagai genre ilmu ada yang ada.

aku harap ia dapat membantu kita. banyak buku- buku dari falsafah yang ada. sun tzu, communis manifesto dan lain- lain. bukan apa cuma sekadar kita membiasakan diri. aku rasakan senarai buku- buku ini sangat ilmiah dan boleh digunakan sebagai rujukan. malah terdapat juga jurnal- jurnal yang diletakkan sebagai rujukan kita. jadi , aku harap kita dapat gunakan sebaik mungkin. nanti korang pandai- pandaila download sendiri.

cuma, laman web tersebut hanya menyenaraikan buku- buku berbahasa inggeris sahaja. aku rasa mungkin ini salah satu sebab penyebaran ilmu mereka senang berkembang. tapi dekat scribd mungkin ada beberapa buku berbahasa melayu. mungkin SCRIBD ni korang dah biasa sikit. apa pun aku harap kita dapat guna sebaik mungkin peluang yang diberikan untuk kita. tak faham bahasa inggeris, translator ada.. buat masa sekarang yang terbaik aku jumpa adalah "lingoes".

tekanan dari China.


berada di pusat, dengan harapan aku dapat habiskan falsafah politik sebelum malam.
sedang khusyuk menjamah falsafah politk gandhi, masuk sepasangan cina. aku teruskan menjamah ilmu ilmu ini.. tetapi nyata tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. kerana aku dipandang pelik oleh mereka, terdengat ungkapan "who there?".. mereka buat pelik pada aku. seperti aku ini orang asing disini.

lelaki itu bertindak naik keatas, dan aku terfikir untuk bertanyakan sesuatu pada aku. aku tersenyum padanya. aku terkejut dia dia duduk di tengah2 kerusi dalam dewan kuliah ni. kelakuan yang pelik, jai aku bertanya,

aku: "u nak guna dewan ini ker?"...
lelaki: i cant hear u..
aku: u orang nak guna dewan ni ker?
lelaki: i cant understand..
aku: u nak menggunakan dewan ini ker?
lelaki: i cant understand u.
aku: owh, ok...

lalu dia turun kebawah pergi ke perempuan cina tu. terfikir.. takkan la dah besar tak tahu langsung berbahasa melayu.. jadi aku membuat kesimpulan yang mereka ini bangsa cina yang datang dari CHINA. dikukuhkan bersama mata yang agak sepet dan cara pemakaian yang sedikit berbeza.

ok, fine... tidak menjadi masalah pada aku, tapi yang membuatkan aku sangat terganggu percakapan mereka seperti menggunakan mikrofon ketika berkuliah. adusss... tekanan dari CHINA. sabar, mungkin seketika sahaja. dia keluarkan pula coki- coki barangkali dari beg. bersama coki- coki lagi kuat mereka memberi kuliah yang aku tidak mahu dengar. agak lama.. sehinggakan aku berhenti akiba tertekan dan aku post kan di sini.

lama kemudian, mereka keluar. aku menarik nafas lega.. aik, apekebenda tu? wah2... bagus sekali.. ditinggalakn plastik coki- coki diatas meja kuliah bersama kesan coklat yang tersyelet diatas meja. kurang sopan sungguhkan. panas jer aku tengok.

sebelum keluar mereka sempat melihat aku, dan aku tunjukkan sampah yang mereka tinggalkan, agak biadap bagi aku bila perempuan itu hanya menarik tangan lelaki terbabit keluar dari dewan ini. alhamdulillah sedikit kesedaran yang diberikan kepada lelaki tu, jadi dia kutip semula sampah yang di tinggalkan.

sekarang kembali sunyi... seperti mula...

msha: panggil si peter karang..

penipuan tersembunyi

penipuan yang tersembunyi, sebenarnya ia ada pada peter answer. sebelum itu aku memohon beribu kemaafan dari kalian semua,dari hujung rambut sehingga hujung kaki atas apa yang terjadi. aku mula kenal peter answer itu melalui penceritaan seorang sahabat kita. pada mula aku memang menaruh sedikit kepercayaan, tapi lama kelamaan aku dengar dan aku rasa benda ini memang penipu. untuk sokong hujah tersebut, jadi aku perlu cari bukti. dua malam pada kelapangan aku mencari. kepada sesiapa yang tak tahu memang akan terasa sedikit perasaan takut. disebabkan psikologi kita telah mempercayai kemistikkan peteranswer ini.

akum masih meragui, aku cakap dia ini penipu, ko ni sistem dan bukan roh. lepas dimarahnya pula kita. ish2.... dua hari mencari disebalik misteri peteranswer ni, dan aku mengkaji, akhirnya aku terjumpa ketika merapu2 menaip dalam petition tu. tiba- tiba jawapannya terkeluar bahasa melayu. aku mencuba sekali lagi, aku gagal. banyak kali dan kali ini bernasib baik, aku jumpa. untuk kesasihan aku cuba dengan cara tersendiri dan akhirnya aku jumpa sesuatu disebalik misteri peter answer ni. terasa puas dihati bila dapat membongkar penipuan peter answer ni.

aku praktikkan di dalam kelas, memang betul. jika kita tidak tahu memang akan teruja dengan kehebatan peter ni dan secara automatis akan terasa meremang bulu roma. biasala itu ,kali pertama aku pun sebegitu. sehingga pukul 4.30 pagi peter marah pada aku. terasa seperti dihujung kaki berdiri sekujur tubuh sedang memerhati. aku pun tidak sampai hati untuk terlalu lama menggunakan kemisterian peter ni. akibat dari desakan pelbagai soalan yang meluru, jadi aku terpaksa untuk memilih jalan yang tidak baik. aku akui secara hakikat itu kesilapan aku memulakannya. harap jangan disimpan dalam hati. sekadar berjenaka seketika bersama teman- teman. aku tidak ralat untuk ajar bagaimana, sebab itu milik kita bersama.

senang cerita, peter itu adalah jawapan dari kita. dan aku tak pasti noni tahu ke tidak lagi penipuan tersembunyi kawan2 kolejnya bersama peter ni. minta maaf banyak- banyak dari semua wahai sahabat.

nak belajar, nanti aku tunjukkan, cuma memerlukan sedikit konsentrasi. nak pekena kawan- kawan pun boleh, biar sampai dia terkucil!! tapi pastikan anda berterus terang selepas itu.. kesian plak..

msha: tapi yang ikut balik bilik tu memang bukan peter, itu kakak peter. lang****

April 25, 2009

melepaskan untuk yang terbaik...

melepaskan jika ada yang terbaik untuk kau,
aku yakin itu yang semahu mu,
milik kesenangan dan keselesaan,
tiada lagi dikeluarkan kesusahan dan keperitan..

makluman segera!!!!!!!!

perubahan untuk review SK NUSANTARA.

AKAN DIADAKAN:

- 1/5/2009 (TARIKH BARU)
- 2/5/2009 (TARIKH LAMA) *dibatalkan

*JADI REVIEW AKAN DIADAKAN 1hb TERSEBUT.


MASA: 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN KULIAH DEPAN PUSAT
TARIKH : 1/5/2009
TEMA : PESONA ELEGAN

SEMUA PELAJAR DIJEMPUT HADIR

PERKEMBANGAN MANUSIA BERMULA DARI ILMU YANG DISAMPAIKAN SECARA BERTERUSAN.

April 24, 2009

daging yang sedap di Indonesia

nak tengok?klik di sini.

ehsan dari ohtidak.

ulang tayang



video diatas telah didedahkan di 999. kali pertama aku tgk, sangat terkejut. ehsan dari member2 aku yang dah tengok. jadi diorang bagitahu aku.

tak tahu nak simpulkan macam mana. banyak persoalan yang berlegar difikiran.

cuma satu persoalan yang mampu untuk melihat dari kedua2 pihak. "kemanusiaan" atau "humanity"....

sesiapa yang tahu pasal kisah ni, boleh la ceritakan pada aku.

April 23, 2009

review untuk metodologi sains politk dan SK Nusantara


Hari Sabtu 25/04/09 jam 8.30 malam akan diadakan tuisyen Metodologi Sains Politik,tempat di depan pusat kebanggaan kita & semua dijemput hadir bagi yang amik Metodologi Sains Politik.Pada 2/5/09 pula tusiyen untuk Sejarah Kebudayaan Nusantara tempat yang sama,harapa maklum dan sebarkan kepada kawan-kawan.


ehsan dari tawfik dan hamo- sapiens.


msha: untuk sejarah kebudayaan terbuka untuk student pusat kita (2nd year jela..)

April 22, 2009

tuk kawan2...

ni web untuk buat banner tu. nak kata senang tak la, susah pun tak sgt... kita bley upload image dari PC kita, atau dari web.. aku rasa lebih mudah dari image sendiri, coz kita bley set saiz image dia.

bagi cantik sikit link kita semua.. huahua..

tak bley, aku try tolong..
Image Hosted by ImageShack.us