July 30, 2009

HERO vs BERUK

hari selasa.. lebih kurang pukul 1.30 la.. tengah lepak ngan kengkawan2 sblum clas kul dua.. sambil baca artikel tuk tutuorial tetiba jer kat depan PPSPS, FSSK kena serang dek beruk. pelik gakla, selalunya after office time baru kua, tapi hari tu keluar awal plak.. mula ingat tak ada apa pun, jus jalan jer kot, ttbe jer beruk tu g kaco bdk2 pmpuan FPI agaknya, beruk tu naik atas meja, then pe lagi tempiaranla lari budak2 pmpuan tu. dahaga agaknya, dia minumnya air tin dwg.. haha.. di tumpahkan.. hampir dipunggahnya beg..

tapi xsempat, ekoran kehadiran "hero" ni, mungkin tengah2 terbang dengar kecoh2 kot, pastu pergila meleraikan keadaan masa tu.. berkacamata hitam.. berseluar jean agaknya..baju terukir didada huruf "T".tapi cuma spender jer bukan diluar.. berlaku pergelutan beberapa minit.. dengan menggunakan selipar sebagai senjata menjadikan pergelutan hero nga beruk tu menjadi semakin hebat. aku yang berada dekat dgn hero tu pun tak mampu nak buat apa2.. akhirnya beruk mengalah dan lari ker pokok.. selamat hero ni baik cikit.. kalu tak dah tukar "super saiyan" pastu bagi "kame hame ha" hangus gak beruk tu..

terkagum gak sebentar aku melihat hero tu... respek ah kat dia.. hero bahau pun xmampu buat cam aku rasa..

aduhh..ntah paper punya entri la ni..

msha: hero pujaan FPI..

otak + laptop + hp kena format


malang betul, hp xley on.. laptop cacamerba.. xsangka dua2 kena format plak. tekanan gak ni, duit makin kering, tapi keluar makin basah.. (ada gak manusiawi yg xfaham ni). format hp dah kena RM30. format laptop tambah RAM dah kena RM130. hope keje berjalan lancarla.. no mmber2 sumer da hilang.. mn nk cari ntahla.. lagi satu nak kena format, otak aku ni.. banyak sangat virus. thumdrive pun dah byk dicucuk. macam- macam da masuk. kena format balik cam tahun satu dulu. semangat baru, tenaga baru, smart plak tu. haha.. poyo jer kan.

xpela, muhasabah diri dulu untuk bbrapa ketika.. nnti dah ok sedar diri kita sape, dekatkan lagi pada-Nya, insyallah terformatla kepala otak ni..

msha: Ya Allah.. tolongla formatkan balik otak hambuMu ini..

July 18, 2009

salam kembali kepada semua

ibarat menunggu disimbah air, tapi xde pun. haha.. dah lama tak menulis dah 2bulan agaknya. cuma tak ada isu nak dikongsikan bersama. maklumlah cuti semester 2bulan plak tuh. sempatla jugak cari duit cikit.. duduk dikampung dengan kengkawan, tiap2 hari pegi CC, tapi tuk main game j.. kadang2 jer buka blog ni. tapi tak der mood menulis agaknya.

dah masuk U balik, hampir 2minggu tapi still xder mood menulis.. ntahla, tetiba malam ni rajin plak. mungkin tak ada ruang tuk berkongsi, jadi tulis jer apa yang dirasa. dekat "shoutmix" tu banyak yang tak reply msg yang ditinggalkan. tambah plak dekat followers tuh, dah bertambah, tapi belum di follow up..

maaf bebanyak ok sebab lambat tuk jadi followers korang, insyallah sekarang dah ada mood tuk explore blog nih. hahaha... thanks sekali lagi tuk yang followers tuh.

p/s: moodddd..... moooooddddddd.... mmmmoooooooooooooooddddddddd.....

May 08, 2009

diari seorang nelayan..

aku nelayan yang tidak menentu rezekinya..pukul 5 pagi bergegas keluar mencapai basikal tua ku..hampir seusia, dia tetap menjadi peneman kemana aku pergi..aku tidak mampu untuk memberi keistimewaan pada diri. pada diri seorang bapak ia tidak penting.. kerana lebih besar tanggungjawab perlu dicurahkan..pagi yang tiada bulan, basikal tua yang tidak lagi mampu memberi seperti motor.. sambil embun pagi yang masih menusuk hingga ke tulang, untuk rezeki keluarga ku, aku gagahkan kan jua. dimamah kegelapan berbekalkan lampu suluh yang usang aku mengagahkan kayuhan sambil terbayang wajah keletihan anak- anak ku yang sedang tidur dek pelajaran yang terpaksa dilalui. sempat aku mencium dahi mereka sebelum keluar tadi..

"anak- anakku, apa yang bapak harapkan adalah kejayaan kamu bila kamu besar nanti...jangan jadi macam bapak.. turun kelaut kadang- kadang tak tentu hasilnya.. jangan jadi macam bapak yang tak mampu beri keselesaan pada kamu semua.. "

ah.. sudah2la berkhayal.. tetapi agak jauh juga perjalanan ke pelantar ni. ahh.. kaki yang dimamah usia, seperti tidak mampu meneruskan kayuhan..perlahan aku teruskan kayuhan. tersenyum terbayang wajah isteri tadi, kepenatan melayan karenah anak- anak.. namun masih tersenyum menyambut aku pulang dari laut.. berbekal nasi goreng bersama kicap tak sabar menjamah diatas sampan nanti..

tiba- tiba air mata ku mengalir perlahan... sambil tersenyum.

bersambung..

May 04, 2009

birthday party.. terkena jua aku...



macam manala aku pun boleh terkena jugak "tulah" kawan2 jugak ni. sepatutnya, wan (baju merah) tu jer yang kena.. alih yang berbulan 5 ni pun kena juga. tapi aku ini ibarat dipergunakanla.. topek2... rancang nak kenakan wan, rupanya rancangan bawah tanah tuk kenakan aku jugak! rasa macam nak tembak- tembak jer korang!!

apa pun, happy belated birthday untuk wan.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. bukan apa.. moga tercapai hajat nak beli ninja katanya..




tuk yang lain, first sekali aku nak pijak pondan ibu Zain! hantu tol.. beria- ria nak amik kerusi la.. bagi makan kerusi ko karang.. yang kedua tuk pondan za'ba tu.. kepala diowang.. dia ni yang beria-ria suruh aku datang. rupanya aku pun jadi mangsanya. wana.. ni lagi satu kawan pondan za'ba ni. sama jer 2x5.

untuk ko farid, aku masih ingat hentakan telur keras dikepala ku.. tepung goreng pisang "adabi" yang bersalut dimuka. untuk kalut dengan muiz... korang memang hancusss!! Danny dan pakmi, terima kasih coz meraikan sekali.

sebelum terlupa, happy belated birthday untuk fatin. selamat hari buruh gak. haha.



tapi sedih juga sebab cinta tak datang. kata topek, dia akan datang.. jadi ditunggu tak kumjung tiba. apa pun terima kasih tuk cinta... sekali merancang mengenakan aku.

terima kasih semua..

jika kau fikirkan kau boleh!!

tajuk: jika kau fikirkan kau boleh!!
lagu/lirik: admin


jika kau fikirkan kau boleh,
tak "study" boleh kau lakukan,
jika kau fikirkan ragu- ragu,
tengok kawan sebelah mu..

jika kau fikirkan pleistosen,
jangan dilupakan holosen,
jika kau fikir metodologi,
jangan lupa prof ghazali!

percaya apa yang kau baca,
tak masuk engkau goreng ajer,
menggoreng ikut kerasionalan
kau goreng!
kau goreng!
kau goreng!
kau gorengggg!!!

May 02, 2009

kegembiraan mu kesedihan ku..

gelap dalam semua tindakan..
kadang- kadang menjadi serba salah,
dek keadaan mendesak
mencuba untuk kembali seperti dulu..
ego pada lelaki ditinggalkan jauh dalam kegelapan malam,
apa yang diharap, ia menemukan jalan yang baik,
jalan yang baik untuk sesuatu hubungan..
menyangka dengan keyakinan,
akan dijumpai apa diharapkan.
tatkala keyakinan dihancurkan,
baru tersedar diri terlupa pada sesuatu..
hanya aku yang menginginkan..

kegembiraan mu, kesedihan ku..
tidak ada kesedihan pada diri..
aku mengabaikan semuanya..
diterima sebagai balasan

terdiam hanyut membawa mimpi..
hatta aku tersedar..
kini aku hanya perlu berdiam diri..
Image Hosted by ImageShack.us