April 16, 2009

mati dalam hidup yang dicipta sendiri..

hidup ini.. sperti ditetapkan..
tetapi terfikirkah kita akan semua perbuatan.
kita sedar tentang apa yang kita lakukan..
kita sedar apa yang kita berikan..
kita juga sedar apa yang terjadi adakala itu kemahuan.
kita boleh berfikir tentang semua perkara.
cuma sekadar dalam dan tidak..
jadi, timbul lagi persoalan hidup yang ditetapkan.
ditetapkan, maka kita tidak mampu berfikir..
ditetapkan, maka tidak mampu tuk kita luahkan..
ditetapkan, maka tak sedar apa yang kita berikan.

bagi aku, itu semua kehidupan..
kita memilih apa sahaja yang kita lakukan.
kita memberi sepenuhnya harapan..
adakah itu wajar ditetapkan, sedangkan kita tahu
bahawa itu adalah perasaan yang wujud dalam hati.
hanya kita memahami.. hanya kita mengetahui
sejauhmana harapan itu diletakkan.

kita silap, dengan memberi segalanya..
timbul kepahitan menjadikan kita takut untuk
berhadapan..
kita takut untuk memberikan yang segala..
walau kita sedar yang didepan mata itulah yang terbaik.

ini.. mati dalam kehidupan yang dicipta sendiri..

No comments:

Post a Comment

Image Hosted by ImageShack.us