March 15, 2009

tidak berada di tempat sepatutnya

hari jumaat lepas masa kat kampung aku pegi sekolah (sekolah menengah kebangsaan raja shahriman) memandangkan aku sorang je laki, jadi amik keputusan untuk duduk diluar sekolah je dan sabtunya pula aku pegi melawat adik aku di asrama. form6 disekolah tu baru saja berusia 4tahun. majlis pelajar- pelajar pra-u (MPPU) adalah satu organisasi yang kami tubuhkan khusus untuk pelajar2 form6 dan secara kebetulan kami adalah intake pertama. bukan senang untuk buat sumer tu.. kita nak membina imej dikalangan guru- guru dan pelajar sekolah tu. pelbagai cara kami lakukan dan alhamdulillah berjaya. banyak perkara yang diambil alih dari guru-guru terutama dari segi penganjuran dan penglibatan secara langsung dalam apa jua bidang. MPPU memberikan yang terbaik dan hasilnya hampir 70% aktiviti di daerah manjung pada tahun 2006 dan 2007 berpihak kepada kami dan beberapa kejayaan diperingkat negeri.

sebagai seorang pelajar dari sekolah lain sudah tentulah berasa kekok bila masuk kekandang lain. dengan class tak tetap, mana taknya setengah tahun di lower6 asyik berpindah randah jer. sehinggalah kitrg dapat blok baru. sangat tertekan. sampai class pun dalam bilik mensyuarat guru. aku rasa sekolah tak cukup bersedia untuk buat form 6. cikgu2 pun tidak berpengalaman mengajar form6. muet lower6 belajar macam b.i biasa. dengan bahan bacaan yang tidak banyak dilibrary. masuk upper6 kitrg dapat blok baru. ada 3class. pada mula class diasingkan, pastu digabungkan. ah pening2.. asyik berpindah jer.. 70% adalah budak ekonomi jadi tak hairanla kalu dwg "act" sikit. walaupun asyik bertekak jer tapi ktrg dapat kata sepakat bersama.. alhamdulillah.

melihat keadaan masa tu, aku simpulkan yang sekolah tu masih belum bersedia untuk buat tingkatan 6. aku tak nafikan yang mana permohonan untuk buat telah lama diminta.. dan tak mustahil ia akan dapat. tapi xder audit dari JPN ke untuk tengok kelayakan. bukan tidak bersyukur dengan apa yang diberi oleh sekolah tu, tetapi keselesaan pelajar2 adalah penting untuk belajar. tetapi aku paling respect tandas dia.. mmg bersih.. masuk upper6 ktrg bersyukur sebab dpt blok baru. itu pun satu tingkat yang ada tiga clas. seblm ni dengar cerita ada permohonan untuk blok 2 atau 3 tgkat. tapi tak diluluskan oleh kementeriaan. tak apalah tu. mungkin ada sekolah yang lebih layak tuk terima.

empat tahun berlalu sampai la ke intake adik aku form6 disekolah tu. mula tahun ni sekolah tu dah tukar kepada sesi pagi bagi semua tingkatan. inilah mulanya masalah sebenar. bila buat semua sesi pagi menjadikan class makin tak cukup. pelajar form6 ekonomi diletakkan dibilik sebesar bilik mensyuarat I, PPSPS. cuma lebarnya kecik berbanding blk mnsyrt I tu. aku tak sanggup nak bayangkan macam mana dwg dduk. bilik tu adalah bilik gerakan MPPU dan juga Pengawas sekolah. mana tempat yang sepatutnya diletakkan? ku tak nafikan sekolah mengmbil keputusan disebabkan f.6 eco tu hanya 13 orang. berbanding tingkatan2 lain. akibat dari keputusan sekolah untuk selaraskan semua sesi yang menjadi mangsa adalah pelajar minoriti. mula2 dengar aku terkejut gila ar.. sekarang makmal dan bengkel dijadikan class juga. time bebudak kat bengkel nak masuk lab, dwg akan change tempat.

aku tak boleh terima betul bila student form 6 dduk blk cam tu. dan masalah yang besar akan muncul adalah pelajar lower6 akan masuk pada 11.5.09 nanti dan dwg nk duduk mana.?? aku rasa nanti bilik prep asrama dijadikan class. sekali lagi aku pelik kenapa perlaksanaan satu sesi dibuat.

aku bukan nak mengagungkan form6 tu, tetapi:

1. kebajikan pelajar sekolah tu.. keselesaan untuk belajar. dahla baru tahap kanak2 (4thun) form6 sklh tu. cukupla ktrg jadi nomad dulu2. penat, susah, clas tak tentu kat mana walaupun masa tu ktrg duduk class yang biasa

2. baru empat tahun, dan tiap2 tahun pelajar form6 makin kurang disekolah tu. sekarang bil pljr hanya ada 30 lbih jer. bila diberikan clas macam tu macam mana nak yakin kan pelajar lain dengan kemampuan form6 kat situ

3. persepsi pelajar lain akan bila tengok class macam tu. nak stay lagi? cau la g seklh len.

4. lama kelamaan kemungkinan form6 sekolah tu akan hilang cam tu jer. kalu kita tak boleh beri orang lain keyakinan especially student dan ibu bapa. mustahil untuk orang menggunakan perkhidmatan kita.

5. kesannya kepada prestsai sekolah tu akan menurun... dengar cerita nak jadi sekolah asrama penuh.


msha: dulu2 penah blaja kat kantin sekolah..

3 comments:

  1. halo di sana.
    saya pelajar ayer tawar, dan bercadang untuk belajar form 6 di beruas pada tahun ini.
    saya ingin tanya,

    1, apa string form 6 yang ada di smk raja shahriman ? art string atau science string ?

    2, jika ia adalah art string, apa subjek yang diajar? jika ia adalah science string, apa pula subjek yang diajar?

    3, sekolah mula dan tamat pada pukul berapa setiap hari (untuk form 6) ?

    saya amat suka akan ketenangan halaman beruas, dan berhasrat untuk belajar form 6 di situ. terima kasih ^^

    ReplyDelete
  2. oit parin...org kmpung neh...cya la...ang add la pengetua...bg die bce blog ang neh...wakakaka...sure gempak....

    ReplyDelete
  3. woit..tol ke nk tkar jd SBP...???x sesuai lnsung...rbohkn wat blok bru,bru ble jd sbp..skol cm kubu army mane ntah....wakakaka...

    ReplyDelete

Image Hosted by ImageShack.us