March 13, 2009

perang dua hari...

pang! pang! pang! perang meletus!!!.. camnerla leh jadi cam tu pun tak tau la.. menurut sumber yang aku tahu, sume bermula apabila berlaku perselisihan antara kedua2 puak ni. semasa rundingan damai, semua berjalan lancar.. pastu ada satu puak ni menyatakan satu pendapat atau usul mengenai negaranya.. mungkin usul ni keterlaluan jadi menyebabkan di negara sebuah lagi ni tak boleh terima.

jadi pastu mereka mula berperang sesama sendiri.. agak teruk apabila mereka berbalas tembakan. dalam tempoh dua hari tu tak der pun wakil dari kedua2 pihak tampil untuk mengadakan rundingan damai. masing2 menyatakan pendirian mereka. mujurla dua hari jer perangnyer..kalu lama mungkin ada pihak yang akan memutuskan hubungan negara antara mereka.

hari pertama perang yang berlaku agak sengit jugak.. walaupun tak banyak strategi yang digunakan oleh kedua2 pihak. tapi yang banyak menyerang pihak yang menyatakan usul negaranya. pihak lawan juga membalas serangan dan ia mengakibatkan beberapa anggota pertahanan cedera. tapi media yang dikuasa oleh pihaknya berjaya memanipulasikan berita dan menyembunyikan angka kecederaan mereka.

hari kedua tak banyak berubah. tetapi kedua2 pihak cuba untuk menggunakan strategi bertahan yang kuat. walaupun beberapa kali kedua2 pihak untuk mnyerang tetapi berjaya patahkan. banyak rampasan senjata dilakukan. kawasan penaklukan hampir sama dengan apabila mereka menguasai kawasan musuh.

dalam peperangan yang berlanjutan pada hari kedua tersebut muncul satu pihak yang menembak dari belakang dan menyebabkan pihak yang mengusulkan itu cedera parah.. keadaan ini membuka ruang kepada pihak lawan untuk menawan. pihak yang mengusulkan tersebut tidak dapat membuat serangan balas disebab pihak ketiga telah melumpuhkan unit ketenteraan negara tersebut. serangan "counter-attack" menyebabkan pihak tersebut tidak mampu melakukan apa2. menyebabkan pihak tersebut kalah dua kali.

setelah beberapa ketika berlalu, muncul pemimpin baru.. dan rundingan damai diadakan. peperangan 2hari tersebut telah meleburkan hubungan yang erat kedua negara yang telah dibina sudah berabad... mengorbanankan kedamaian yang dikecapi dengan perang sesama mereka adalah sesuatu yang merugikan. itulah prinsip yang dipegang untuk menghentikan perang.


msha: pihak ketiga tu tak tembak ker nanti?

3 comments:

Image Hosted by ImageShack.us