March 29, 2009

ketenangan

dengan semangat aku bergerak sendiri
menyusun langkah tidak pasti
mencari ketenangan atau biar ia datang sendiri
berjalan dalam gelap agar aku..
tidak nampak sekeliling
aku mencari ketenangan dalam gelap
agar nampak titik cahaya
mencari ketenangan dalam setiap langkah
aku berhenti.. bertanya diri,
aku akan jumpa ketenangan dengan cara ini
atau harus aku berpatah balik kebelakang

aku teruskan langkah..
pejamkan mata menunggu makrifat datang
harap ditemui..
jauh mengatur langkah
semangat tidak lagi bersama aku.
tinggal jasad yang berjalan sendiri
mana harus aku cari ketenangan
yang tidak aku jumpa..
atau aku biar ia datang sendiri..

No comments:

Post a Comment