March 29, 2009

ayam kampung keluar reban



teringat dulu- dulu masa kecik, aku ni rajinla bela ayam.. reban aym belakang rumah aku siap 2tingkat lagi. tapi sekarang xder lagi. akibat serangan meteor ayam2 tu abis sumer mati dan "flat"dwg pun dah hancur musnah..

sebelum dibinanya flat tu, ayam2 tu duduk setinggan jer di reban kecik, jadi abis disumbatkan anak cucu ayam tu. ada yang tido merempat atas pokok dan lebih teruk ada yang tak balik2 bila dah nak malam. g tdo reban member dia kat umah jiran aku. time lunch bila bagi gandum nampak jer muka. ini spesis ayam korban ar ni.. tunggu masa nak kena cantas tengkok.

akibat keprihatinan terhadap rancangan kerajaan untuk menghapuskan setinggan sifar, membuat aku tergerak untuk buat plan jangka panjang yang mana dalam plan tu aku akan hapuskan setinggan ayam2 ni dan setiap seekor dari mereka akan diberikan imbuhan:

  1. flat dua tingkat yang selesa
  2. strategik: 30saat dari kwsn buang smph, 1 minit untk ke ladang sawit utk rekreasi
  3. keselamatan diperketatkan
  4. setiap family akan dapat satu bilik dan satu tempat utk bertelur bagi ayam betina
  5. makanan disediakan untuk pagi dan petang (xcukup g kais sendiri)
  6. 2minggu pertama tak boleh kua reban, sbrg aktiviti keluar reban tak dibenarkan
  7. selesai 2minggu, pukul8pagi akan diberikan kebebasan bergerak n blk sblum maghrib
  8. mesti berkelakuan sopan, terutama ayam teruna dan dara.

ayamla katakan..bila keluar reban minggu kedua tu, haha.. berlari- lari seronok. aku pun gembira tengok. aku harap bila disediakan pertempatan baru mereka akan hidup happyla.. dan tak ada lagi yang balik lewat kereban dan tak ada lagi yang tido diatas pokok. coz aku taknak nanti ia menjadi contoh kepada adik mereka yang kecik tu.

rupanya aku silap, bila ayam keluar reban still ada yang tak balik2 g lepak atas pokok. g tido umah kawanla.. yang paling geram, ingat ayam jantan jer buat perangai, ayam bertina pun ada gak. mungkin jugak dah lama tak tengok dunia, atau mungkin yang teruja dengan keadaan diluar sana menjadikan ayam2 aku ni makin leka. aku risau gak nanti time raya tak sempat nak buat rendang..coz banyak yang muda2 la buat hal ni. bukan per risau gak dibaham musang, biawak, ular dan kena kebas ker oleh "taik pekhun."

disebabkan keadaan semakin menjadi dan makin banyak yang tidak mematuhi undang- undang dan atas faktor keselamatan, aku plan tuk g buat serbuan keatas port-port mereka ni. akibat salahlaku ni, mereka dijatuhkan hukuman kurung dalam reban kecik selama sebulan-2bulan atau hukuman sembelih mandatori atau kedua2nya sekali dan bergantung kepada keseriusan kesalahan..

hem..susah jgk nak jaga ayam ni.. kesan globalisasi menjadikan keadaan semakin sukar akibat menerima pengaruh luar. dengan kemunculan spesis ayam belanda, serama, sabung, hutan,bulu balik,ayam telur, ayam daging menjadikan gejala sosial semakin pelbagai. satu dasar pembentukan bangsa ayam akan dilakukan. aku harap akan berjaya, demi keselamatan ayam2 ni.


msha: susah jadi ayam yang tak tau pikir ni.

2 comments:

  1. hahah.. ko memang bapak ayam!

    amat keterlaluan lawak saudara, menggetarkan buah pinggang aku..

    ReplyDelete
  2. aku mengkritik kehidupan manusia.. amacam?
    perlu aku begini atau berterus terang?
    hahah!!!

    ReplyDelete

Image Hosted by ImageShack.us